January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Tidak berapa lama sebelum ini, The Other View (TOV) telah menulis berkenaan DAP yang bersifat sangat anti-Islam, selain anti-Melayu dan juga anti Institusi Raja. Kemudian TOV juga menulis tentang sikap DAP yang mengamalkan dasar cauvinisme. Turut dinyatakan strategi DAP memperkudakan individu Melayu untuk raih kuasa. Terbaru, TOV menulis tentang mengundi DAP bererti mengundi perkara mungkar dan kemurkaan Allah, kerana mereka begitu obses dan agresif mahu penganjuran pesta arak di Malaysia berlaku.

http://www.malaysia-today.net/undi-ph-undi-dap-undi-dap-undi-anti-islam-anti-melayu-dan-anti-raja/

http://www.malaysia-today.net/%E2%81%A0%E2%81%A0%E2%81%A0dap-cauvinis-pergunakan-melayu-ph-untuk-raih-kuasa/

http://www.malaysia-today.net/undi-dap-bererti-undi-mungkar/

Dalam perkembangan terbaru, DAP dilihat cuba memperbaiki kesan buruk yang tertimpa atas mereka dengan melantik seorang penceramah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurut Lim, Wan Ji dilantik untuk menangani serangan terhadap DAP terutama kerajaan Pulau Pinang berkaitan dengan dakwaan anti-Islam dan anti-Melayu.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/28/penang-cm-appoints-popular-islamic-preacher-as-info-officer/

DAP nampaknya begitu terkesan dengan imej mereka yang begitu anti-Islam dan anti-Melayu. Sehinggakan mereka terpaksa melantik pegawai khas yang bertindak sebagai pembantu untuk menahan dan membalas serangan pihak luar terhadap parti tersebut dan kerajaan yang dipimpin mereka.

Sebelum ini, DAP sudah melantik seorang lagi pegawai khas bagi Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Melayu-Islam dari parti PKR iaitu Saifuddin Nasution. TOV telah pun mengulas perlantikan Saifuddin ini adalah menggunakan modus operandi yang sama sepertimana parti PAP di Singapura. Mereka menggunakan orang melayu sebagai alat untuk meraih sokongan politik, sebelum melaksanakan agenda tersirat setelah kejayaan dicapai. Tidak hairanlah Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang menggelarkan DAP sebagai anak butir PAP.

http://www.malaysia-today.net/apa-disebalik-perlantikan-saifuddin-sebagai-penasihat-strategik-lim-guan-eng/

Mengenai Wan Ji, beliau merupakan bekas ahli PAS. Kemudian melompat ke PKR. Menurut sumber yang tidak pasti, beliau dikatakan lulusan agama Universiti al-Azhar dan juga graduan sarjana Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Namun banyak kenyataan dan ceramahnya berhubung agama Islam menimbulkan kontroversi di negara ini. Antaranya berhubung RUU355 yang senada dengan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan pensyarah UPSI Dr Rozaimi Ramlee, sehingga bercanggah dengan majoriti mufti termasuk Mufti Wilayah Persekutuan dan tokoh-tokoh agama lain di Malaysia. Beliau juga menimbulkan polemik menyanggahi JAKIM berhubung isu kalimah Allah yang telah difatwakan tidak boleh digunakan oleh agama lain. Selain itu, Wan Ji turut mengecam PAS yang membantah program golongan Evangelis Kristian, sambutan Jerusalem Jubilee di Melaka baru-baru ini sebagai mempolitikkan agama.

https://www.malaysiakini.com/news/343494

http://www.tv14.my/2017/09/26/kristian-kafir-bebas-rujuk-jesus-anak-allah-itu-perintah-quran-wan-ji-wan-hussin/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/05/jangan-politikkan-agama-wan-ji-tegur-pas-mahu-sekat-acara-gereja/

Wan Ji juga sangat rapat dengan gerakan yang membawa agenda liberalisme ke Malaysia seperti IRF dan IKD. Pada tarikh perlantikan beliau sebagai pegawai Guan Eng, buku beliau yang diterbitkan oleh Ilham Books bertajuk ‘Ulama Yang Bukan Pewaris Anbiya’ telah diwartakan oleh pihak berkuasa sebagai penerbitan tidak diingini mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Mengikut perintah ini, pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan buku ini adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia kerana kandungannya “mungkin memudaratkan ketenteraman awam” dan “mungkin menggemparkan fikiran orang ramai”.

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1680289158681802

Satu lagi polemik yang dicetuskan oleh Wan Ji sehingga mengundang kontroversi tanahair adalah mengenai rakaman ceramahnya yang merancang untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu menjelang 2030. Beliau telah diisiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Namun yang menghairankan, beliau hanya ditahan sehari dan kemudiannya bebas tanpa sebarang pertuduhan di mahkamah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendakwah-wan-ji-wan-hussin-ditahan-di-bawah-akta-hasutan-43625

Kembali kepada DAP, mereka sememangnya mencari pihak yang berpotensi untuk diperkudakan bagi memulihkan imej mereka berkenaan Islam dan Melayu. Tetapi Islam yang mahu dibawa DAP bukanlah Islam yang tulen tetapi lebih kepada Islam versi yang memudahkan mereka melaksanakan agenda tersembunyi yang dirancang rapi. Lim Kit Siang sebelum ini pernah mengatakan beliau menyokong agenda Islamisasi di Malaysia tetapi bukan Islamisasi seperti yang berlaku hari ini. TOV juga telah menjawab berkenaan perkara demikian.

http://www.malaysia-today.net/benarkah-dap-sokong-islamisasi/

Hakikatnya, DAP sangat intim dengan gerakan Evangelis Kristian dan juga gerakan Liberalisme. Dr Kamarul Yusof mendedahkan satu persatu perkaitan DAP dengan gerakan-gerakan ini. Terbaru tentang pengakuan Rev. Dr Sirin Kit, mengenai usaha beliau mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian. Selain itu penulis Helen Ang menggelarkan DAP sebagai parti ‘Christian-Supremacist’ dan ‘Evangelical Christian’, sebuah mazhab kristian yang sangat radikal terutama terhadap Islam.

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1673387639371954

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1672402182803833

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1668930466484338

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: