January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Whip Parlimen PKR, Johari Abdul berkata, hasil
semakan beliau mendapati undi menyokong dan menentang RUU Perbekalan
KPDNKK adalah sama, iaitu 52 undi.

johari-abdul

KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen PKR hari ini mendakwa berlaku
kesilapan dalam proses pengiraan undi Rang Undang-undang (RUU)
Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), pada malam Isnin lalu.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata, hasil semakan beliau
mendapati undi menyokong dan menentang RUU itu adalah sama, iaitu 52
undi.

“Setelah kita semak semula, yang menyokong adalah 52 (undi), yang
tidak menyokong (juga) adalah 52, bukannya 51 (undi),” katanya selepas
sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk
Seri Ismail Mohamed Said mempertimbangkan keputusan dibuat rakan
sejawatannya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kelmarin.

“Saya berdiri untuk meminta petua speaker (Ismail), kerana dalam
proses pengiraan undi semasa RUU Perbekalan 2018 untuk KPDNKK pada 20
November lalu terdapat khilaf (kesilapan).”

Isnin lalu, RUU itu diluluskan dengan perbezaan 1 undi, iaitu 52 undi
menyokong, 51 undi menentang dan 2 ahli Parlimen tidak mengundi.

Kekecohan berlaku selepas Ronald mengumumkan keputusan itu, di mana
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Mohamad Imran Abdul Hamid
(PKR-Lumut), Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) menjerit “tipu” kepada
Ronald.

Beberapa wakil rakyat BN didakwa lewat memasuki Dewan tetapi
dibenarkan mengundi. Mereka termasuk Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk
Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), Datuk Seri Azalina Othman Said
(BN-Pengerang) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).

Ismail bagaimanapun berkata, beliau tidak berhasrat menyemak semula
undian yang dibuat ahli Parlimen ketika itu kerana keputusan dibuat
Ronald adalah muktamad.

“Undian belah bahagi kita jalankan ikut Peraturan Mesyuarat dan
penghitung undian juga sudah diserahkan secara rasmi kepada setiausaha
dewan.

“Setiausaha dewan juga sudah memastikan undian adalah betul dan sudah
diumumkan speaker ketika itu (Ronald). Saya kira, keputusan itu
muktamad,” katanya.

Johari berkata, beliau juga sedar Peraturan Mesyuarat 99 di Dewan
Rakyat menyatakan keputusan dibuat speaker dalam Dewan Rakyat adalah
muktamad.

Sementara itu, ketika menghadiri karnival buah-buahan di luar Dewan
Rakyat, beliau berkata, pembangkang akan mendedahkan senarai penuh 52
ahli Parlimen yang mengundi membantah RUU itu.

“Kami akan berbuat demikian menjelang tengah hari esok,” kata Johari.

Semalam, Azalina yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa ahli Parlimen pembangkang menghormati keputusan Ronald.

Katanya, pembangkang seolah-olah tidak boleh menerima keputusan itu
apabila kalah dengan majoriti tipis sehingga menimbulkan kekecohan di
Dewan Rakyat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: