January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Lim Kit Siang bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengekalkan pendiriannya menuduh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat yang tidak sesuai menjadi pemimpin negara.

Dalam satu dialog “What Say Youth Town Hall – Conversation with Tun Mahathir and Lim Kit Siang” di Lembah Klang semalam, Mahathir masih berpegang dengan pendirian asalnya bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat dan turut melancap lelaki lain.

Mahathir memberitahu hadirin pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan.

“Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

“Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti,” kata Mahathir dilapor Malaysiakini.

Menurut Dr Mahathir, beliau telah mewawancara sendiri mangsa-mangsa seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.

“Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

“Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri,”katanya.

Kit Siang yang turut berada sepentas dengan Mahathir itu hanya mendengar dan tidak membantah kenyataan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu.

Mengimbau episod pemecatan Anwar daripada UMNO pada September 1998, sekaligus melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang disandangnya, Mahathir berkata seorang peliwat tidak sesuai untuk menggantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini,” kata Mahathir menjelaskan kisah lama itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: