January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Beberapa hari lalu media galak memainkan isu seorang penulis berketurunan Turki, Mustafa Akyol yang ditahan di KLIA oleh pihak imegresen atas arahan pihak polis, sebelum disoal siasat oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau dijadualkan bakal berucap di dalam sebuah program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) di Nottingham University of Kuala Lumpur. Tetapi akhirnya program tersebut terpaksa dibatalkan atas saranan JAWI.

https://irfront.net/post/events/public-lecture-on-the-islamic-jesus-the-commonalities-between-judaism-christianity-and-islam/

Mustafa Akyol dipanggil untuk disoal siasat oleh JAWI atas tuduhan dibawah Seksyen 11 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, kerana mengajar agama tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama Islam itu. JAWI turut memanggil Dr Farouk Musa, Pengarah IRF yang didakwa melanggar Seksyen 43 akta sama kerana “bersubahat” dengan Akyol.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/25/sarjana-turki-pengarah-irf-dipanggil-jawi/

Walaupun beliau kini telahpun dibebaskan dan meninggalkan negara ini, namun masih ramai pihak mempertikaikan kewajaran tindakan pihak berkuasa agama Islam itu. Kebanyakan pengkritik menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik kerana menyekat kebebasan individu untuk berucap di negara ini.

Jika kita melihat sikap negara-negara lain, sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik dengan tindakan kerajaan Malaysia terhadap Mustafa Akyol. Ia adalah perkara normal bagi semua negara untuk menyekat sebarang unsur yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.

Pada tahun 2008, Dr Yusof al-Qardawi tidak dibenarkan masuk ke United Kingdom atas alasan mengancam keselamatan masyarakat. Beliau sebelum ini juga telah dihalang daripada memasuki negara Amerika Syarikat. Padahal jika diikuti pemikiran Dr al-Qardawi, beliau antara yang ulama Islam paling sederhana dan turut mengiktiraf amalan demokrasi, selain mengutuk keganasan yang dilakukan oleh sesetengah pihak atas nama Islam.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/7232398.stm

Sebelum itu lagi, pada tahun 2004, Dr Tariq Ramadan juga tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat atas beberapa alasan termasuk melanggar Akta Patroit negara itu. Menariknya, beliau dikenali sebagai sarjana Islam yang cukup liberal dan pernah mencetuskan berbagai kontroversi yang menaikkan kemarahan umat Islam atas pandangan liberalnya.

https://www.democracynow.org/2010/4/9/once_banned_muslim_scholar_tariq_ramadan

Negara yang menyekat tokoh-tokoh ini bukan negara biasa. Ia adalah negara kuasa dunia yang dikenali sebagai negara contoh pengamal demokrasi dunia hari ini. Justeru menghalang penceramah dan penulis kontroversi seperti Mustafa Akyol tidak ada apa yang menghairankan. Selain dari pemikirannya bertentangan dengan pegangan dan pengamalan Islam di Malaysia, Mustafa juga turut menimbulkan masalah di negara beliau sendiri apabila sering mengkritik kepimpinan Recep Tayip Erdogan. Beliau menyokong gerakan Gulen yang cuba menggulingkan kerajaan Erdogan dalam peristiwa cubaan merampas kuasa oleh tentera pada 15 Julai tahun lalu.

https://www.nytimes.com/2016/07/22/opinion/who-was-behind-the-coup-attempt-in-turkey.html

Mustafa Akyol dianggap mencetuskan ketidakstabilan masyarakat kerana membawa pemikiran yang tidak selari dengan pegangan dan pengamalam umat Islam di Malaysia. Beliau ketika ditemuramah mengakui bahawa dirinya seorang muslim yang liberal. Beliau mempertikaikan berbagai disiplin ilmu daripada ajaran Islam termasuk menyarankan agar al-Quran ditafsir semula. Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak berhak mengambil tindakan terhadap dosa peribadi penganutnya seperti minum arak ataupun zina.

https://www.facebook.com/1644910628853204/posts/1836220353055563

Apabila dilihat secara kasar, isu Mustafa Akyol adalah rentetan dari gerakan liberalisme yang sangat hebat di negara ini pada masa kini. Beliau sebelum ini sudah dibawa ke Malaysia sebanyak lima kali dalam program-program yang dianjurkan oleh IRF. IRF pula mempunyai kerjasama yang amat baik dengan kumpulan G25, Nottingham University dan Penang Institute. Perkara ini didedahkan oleh ahli akademik sensasi Dr Kamarul Yusof

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1679090672134984

Antara pihak yang mengkritik JAWI adalah Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang dianggotai oleh 28 NGO seluruh Malaysia. Pengerusinya adalah Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Zaid Kamaruddin. IKRAM pula sering berkolaborasi dengan IRF dalam penganjuran beberapa program. Tiga orang ahli IKRAM sendiri menjadi penggerak utama IRF sebagaimana yang turut didedahkan oleh Dr KAmarul Yusof.

https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1679077595469625

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/28/15-groups-condemn-jawi-thought-police-over-akyols-arrest/

Mengenai IKRAM juga, mereka memiliki seorang pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Ustaz Hasanuddin Yunus sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN). Beliau sebelum ini adalah Timbalan Presiden IKRAM Malaysia. Beliau sebelum ini didapati sering mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi terhadap umat Islam seperti mengkritik ucapara penyelembelihan terbuka yang dimuatnaik di media sosial sebagai bertentangan dengan ajaran ihsan yang dianjurkan Islam. Beliau juga mengkritik hak pemilik dobi yang mahu menetapkan premisnya untuk pelanggan muslim sahaja.

Pemimpin lain dalam PH juga bangkit mempersoalkan tindakan pihak berkuasa terhadap Akyol seperti Ketua Setiausaha Pakatan Harapan daripada PKR, Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir. DAP sebagai salah sebuah parti anggota PH juga merupakan penggerak kepada Penang Institute yang sangat rapat dengan IRF dan G25, sebagaimana yang dilaporkan di atas.

http://www.malaysia-today.net/isu-mustafa-akyol-sahkan-fahaman-liberal-pakatan-harapan/

Daripada semua sudut-sudut ini, kita akan mendapati bahawa gerakan liberalisasi bergerak secara sangat sistematik di dalam negara ini. Mereka memiliki penggerak dari berbagai pertubuhan dan ruang melibatkan akademik, politik, sosial dan kebajikan. Malah ia turut memiliki kaitan dengan gerakan liberalisasi antarabangsa jika dikaitkan dengan parti-parti politik seperti DAP, PKR dan PAN secara tidak langsung.

http://www.malaysia-today.net/apa-disebalik-perlantikan-saifuddin-sebagai-penasihat-strategik-lim-guan-eng/

http://aidc-editor.blogspot.my/2008/09/kenapa-anwar-berguru-dengan-orientalis.html

http://aidc-editor.blogspot.my/2008/09/peranan-konrad-adenauer-foundation-kaf.html

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: