January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Ekoran kejadian cubaan membakar sebuah surau di Damansara
Damai, Petaling Jaya awal pagi semalam, kerajaan negeri hari ini
mendakwa ia sebagai satu provokasi mencetuskan ketegangan kaum, agama
dan bangsa di Selangor.

 

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan
Desa, Datuk Ahmad Yunus Hairi mengingatkan kesemua pihak tidak melakukan
tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

 

“Saya dengan ini menyeru kepada semua rakyat pelbagai kaum di dalam
negeri Selangor agar tidak mengambil sesuatu tindakan yang boleh
menyemarakkan sikap permusuhan di antara agama, kaum atau bangsa yang
akhirnya akan mewujudkan suasana yang tidak aman di kalangan masyarakat.

 

“Marilah kita bersama-sama meraikan keunikan dan kepelbagaian yang ada di kalangan etnik

bangsa, kaum dan agama di negeri Selangor ini supaya negeri yang kita
cintai ini akan terus aman makmur dan sentosa,” demikian memetik
kenyataannya.

 

Dalam kejadian awal pagi semalam, salah seorang daripada 20 jemaah
Surau Al-Huda, Damansara Damai yang baru selesai menunaikan solat Subuh
melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau itu.

 

Dipercayai bom petrol (molotov cocktail) itu dicampakkan ke dalam kawasan surau berkenaan.

 

Polis berjaya menahan suspek ketiga dan sedang dalam proses memohon
perintah tahanan reman. Dua lagi yang ditangkap sebelum ini, telah
ditahan sehingga 28 Nov untuk memudahkan siasatan.

 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: