January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -23/11/17 – ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng kecewa arahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang melarang beliau memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Ketika saat genting ini, saya terkejut apabila dilarang membantu rakyat melalui tindakan yang tidak praktikal dan tidak berperikemanusiaan ini.

“Saya tidak fikir mana-mana kerajaan yang waras dan logik akan melarang wakil yang dipilih secara demokratik daripada membantu rakyat.

“Saya tidak tahu idea siapa ini yang melarang kami daripada membantu mereka,” kata Cheah kepada pemberita di pusat khidmatnya hari ini.

Kah Peng adalah salah seorang daripada lima wakil rakyat PKR yang dilihat Guan Eng sebagai penentang pentadbirannya.
Empat ADUN PKR lain yang sealiran dengan Kah Peng adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

Guan Eng dalam kenyataannya mengakui Kah Peng dilarang memberi bantuan RM700 kepada mangsa banjir, namun DUN Kebun Bunga yang diwakili ADUN PKR itu akan diwakili oleh ADUN DAP Pulau Tikus, Yap Soo Huey.

“Selepas berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri, kami memutuskan untuk membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kebun Bunga tidak dipinggirkan. Ia adalah perubahan prosedur.

“Malahan, saya sendiri akan memberi bantuan dengan Yap kepada semua mangsa banjir. Itu sahaja saya boleh kata setakat ini. Biar kami beri bantuan banjir kepada semua mangsa banjir dan kita boleh bercakap perkara ini selepas 2 Disember,” kata Guan Eng semasa sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, media mendedahkan sepucuk surat bertarikh 20 November daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus kepada Kah Peng yang memberitahunya tidak dibenarkan untuk mengendalikan pemberian bantuan RM700 daripada kerajaan negeri kepada mangsa banjir.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: