January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LABUAN: Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar, dengan memeluk dan membawanya keluar menerusi pintu dapur dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini.

Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka di Taman Guan Huat, Pulau Buah di sini , terbakar.

Siew Lee dan bapa mertuanya, Lim Sing Sung, 70, menghadapi kesukaran bernafas setelah terhidu asap tebal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan menggegaskan dua jentera bersama 17 anggota ke lokasi.

“Kami berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian, tetapi sebahagian daripada rumah itu sudah pun musnah,” katanya.

Suami Siew Lee tiada di rumah ketika kejadian.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: