January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH AFIX REDZUAN

KUALA
LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan buku
teks baru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar Tahun 1 dan
Tingkatan 1 serta 2 yang diimport dari luar negara menimbulkan
persoalan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari
berkata, hal itu kerana langkah terbabit didakwa membabitkan kos tinggi
dan tidak mencirikan budaya, di Malaysia.

Katanya,
kos menyediakan dua buku terbitan Cambridge University Press dan
Macmillan itu menelan belanja hampir RM33 juta kerana membabitkan hampir
850,000 pelajar.

“Persoalan timbul apabila buku ini dikatakan
diimport tetapi dicetak dan diedarkan syarikat penerbitan tempatan dan
adakah ia sengaja dilabel ‘import’ untuk merujuk harga mahal yang perlu
dibayar?

“Buku ‘Super Minds’ akan digunakan pelajar Tahun 1,
manakala ‘Pulse 2’ pula digunakan pelajar Tingkatan 1 dan 2 dengan satu
salinan berharga RM38.80, manakala untuk peringkat menengah RM38.

 

 “Berbanding
buku teks terbitan syarikat tempatan, ia hanya berharga bawah RM10 bagi
satu salinan,” katanya dalam sidang media, di Pusat Media Parlimen.

Zairil
berkata, buku teks itu disalin sepenuhnya daripada versi asal yang
mengikuti konteks British dan tiada kandungan tempatan.

Pada masa
sama, katanya, buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang digunakan sebelum ini
tidak akan diedarkan tetapi mungkin bakal digunakan sebagai buku
rujukan.

“Untuk memudahkan proses pembelajaran, penggunaan elemen
budaya tempatan akan lebih membantu berbanding budaya asing yang hanya
akan mengelirukan pelajar juga guru.

“Akhirnya, pembelajaran Bahasa Inggeris akan menjadi lebih sukar,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: