January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PENDANG: Lebih 50,000 murid akan menduduki ujian khas secara dalam talian yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Pendidikan tahun ini bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peperiksaan tersebut akan berlangsung dari 11 hingga 15 Disember ini di lebih 200 pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

Ini bagi mengisi 10,000 tempat di 69 SBP di seluruh negara ketika ini.

“Kita hendak mengambil murid dalam 10,000 orang. (Kadar) satu nisbah empat, satu nisbah lima. Saya dapat menyatakan bahawa keputusan UPSR untuk tahun ini adalah keseluruhannya lebih baik.

“Tahun ini buat pertama kalinya kita tidak panggil keputusan UPSR, kita panggil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017. Maka ibu bapa yang datang ambil macam kad laporan, dalam itu ada keputusan UPSR,” katanya selepas merasmikan program ‘My New School’ di Sekolah Kebangsaan Paya Rawa dekat Pendang, Kedah siang tadi.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

Di dalam kad laporan terbabit turut terkandung empat komponen, iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Berasaskan Psikometrik.

Mahdzir berkata, pengenalan ujian baharu itu menunjukkan kementerian serius mahu menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang, bukan akademik semata-mata.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM500 juta bajet tambahan disediakan bagi tujuan baik pulih sekolah yang mengalami infrastruktur kritikal menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Tahun ini 60 projek dijalankan di bawah IBS dan Kementerian menjangkakan sejumlah 100 sekolah bakal mendapat manfaat daripada projek ini tahun hadapan.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Paya Rawa yang akan mula dibina tahun hadapan di bawah program ‘My New School’.

Program berkenaan merupakan antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membolehkan sekolah mempunyai hubungan erat selain kerjasama utuh dengan ibu bapa, Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan (KPSK), komuniti dan agensi terlibat.

Menerusi program itu, sekolah menjadi hab komuniti dan sumber kemudahan kepada warga sekolah serta komuniti dalam program yang dijalankan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: