January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BAYERN Munich, Barcelona, Besiktas, Chelsea, Manchester City, Paris Saint Germain (PSG), Real Madrid dan Tottenham Hotspur sudahpun mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang melibatkan 16 pasukan.

Lapan lagi pasukan bersaing untuk mara dengan Manchester United terlepas peluang untuk layak lebih awal apabila kalah kepada FC Basel 1-0.

Liverpool juga perlu tunggu sehingga perlawanan terakhir selepas seri 3-3 dengan Sevilla. 

PSG pula mencipta rekod jaringan gol paling banyak dalam peringkat kumpulan dengan 24 gol berbaki satu lagi perlawanan menentang Bayern Munich pada 6 Disember.

Rekod sebelum ini dipegang Borussia Dortmund pada musim 2016/17 dengan 21 gol dijaringkan dalam peringkat kumpulan.

PSG juga bolos hanya sekali dalam peringkat kumpulan setakat ini.

Berikut kedudukan dan perebutan ke slot pusingan kalah mati mengikut kumpulan.

Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan A – Manchester United hanya perlukan satu mata dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Old Trafford menentang CSKA Moscow.

FC Basel pula boleh mara walaupun kalah jika United menewaskan CSKA kerana jumlah perbezaan gol yang lebih baik berbanding kelab Rusia itu.

Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan B – PSG dan Bayern sudahpun layak ke pusingan kalah mati.

Namun PSG perlu mengelak kekalahan kepada Bayern untuk muncul juara kumpulan.

Bayern pula perlu menang dengan lebih daripada tiga gol untuk merampas kedudukan PSG.

Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan C – Chelsea yang sudah layak ke peringkat seterusnya perlu menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir untuk memastikan ia selamat di kedudukan teratas kumpulan.

Roma mempunyai kelebihan untuk mara berbanding Atletico namun perlu mengelak kekalahan atau seri kepada Qarabag untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan D – Barcelona pula sudah muncul sebagai juara kumpulan.

Slot terakhir menjadi rebutan Juventus dan Sporting Lisbon namun Juve perlu menang untuk sah mara.

Sporting pula perlu menang ke atas Barca dan mengharapkan Juve kalah kepada Olympiakos.

Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan E – Liverpool akan muncul juara kumpulan jika dapat menewaskan Spartak Moscow di Anfield pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Sevilla sudah pasti pasukan pilihan untuk mara selaku naib juara kerana berdepan pasukan kerdil, NK Maribor dalam perlawanan terakhir.

Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan F – Manchester City mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dan Shakhtar Donetsk perlu mengelak kekalahan kepada City untuk mara.

Jika Shakhtar kalah, Napoli perlu menewaskan Feyenoord untuk mara.

Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan G – Besiktas sudahpun mara sebagai juara kumpulan.

Porto perlu menang untuk memastikan kemaraan manakala RB Leipzig boleh mara jika menewaskan Monaco dan Porto mengalami kekalahan.

Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan H – Tottenham Hotspur mengejutkan pelbagai pihak dengan menjuarai kumpulan H yang dianggap sebagai kumpulan maut.

Real Madrid juga sudah layak selaku naib juara kumpulan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: