January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


2 MP Pas yang berkecuali telah selamatkan Bajet 2018 KPDNKK hari ini.

Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan
Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018 untuk Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Dalam pengundian belah bahagi untuk kementerian yang menjadi punca
kenaikan harga barangan itu, BN telah mendapat 52 undi, pembangkang 51
undi manakala berkecuali dua undi.

Ahli parlimen yang berkecuali itu adalah Idris Ahmad (Pas – Bukit Gantang) dan Siti Zailah Yusof (Pas – Rantau Panjang).

Yang lebih menyelamatkan Bajet KPDNKK adalah tindakan Timbalan
Speaker yang melambat-lambatkan mengumumkan pengundian untuk menunggu
wakil rakyat BN masuk ke dalam Dewan, kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH
– Sepang).

“Sekarang ini terbukti hasrat parti suci hendak menjadi ‘king maker’
di PRU dijelmakan malam ini,” kata Hanipa di facebook beliau.

Sebelum ini, 11 ahli parlimen Pas telah mengambil sikap berkecuali ketika pengundian untuk Bajet 2018.

Ekoran itu, beberapa aktivis AMANAH menyifatkan ahli parlimen Pas itu telah ‘mempasubungakan’ diri apabila tidak mengundi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: