January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PM tipu kaum India, mana RM230juta wang Sedic?

Kegagalan
Timbalan Menteri Datuk Seri SK Devamany menjawab soalan-soalan
berkaitan dengan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat
India (Sedic) membuktikan ada unsur-unsur penyelewengan dalam agensi
tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengelak
menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan peruntukan SEDIC ketika
perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar (Gambar atas) berkata, Sedic diwujudkan di bawah Unit Perancangan Ekonomi untuk membantu pembangunan sosio ekonomi kaum India.

Sebelum SEDIC diwujudkan, peruntukan dana pembangunan kaum India disalurkan melalui MIC.

“Tetapi, dana-dana itu tidak sampai kepada sasaran. Ini menimbulkan kemarahan kaum India.

“Sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional semakin pudar
kerana penyelewengan dana peruntukan pembangunan. Justeru, kerajaan
mewujudkan Sedic untuk menyelesaikan masalah ini.,” uarnya dalam
kenyataan hari ini.

Sivakumar berkata, Sedic pada prinsipnya merupakan satu organisasi
yang neutral daripada campurtangan politik. Dana pembangunan bagi
masyarakat India disalurkan melalui Sedic sejak penubuhannya.

“Tetapi, Sedic telah hilang kewibawaannya apabila pemimpin-pemimpin MIC menggunakan pengaruh mereka untuk mengawal kegiatannya.

“Akhirnya, Sedic telah menjadi boneka MIC. Sedic telah mengikut
telunjuk MIC dalam menyalurkan dana kerajaan itu. Masyarakat India telah
dimangsakan sekali lagi oleh pemimpin-pemimpin MIC,” dakwanya.

Tambah beliau lagi, dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri
menyebut bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta kepada
masyarakat India dari tahun 2014 sehingga kini melalui Sedic.

“Datuk SK Devamany menegaskan lagi, seramai 500,000 orang India telah
manfaat daripada dana yang diperuntukkan melalui Sedic. Adakah ini
benar?

“Perdana Menteri telah menipu masyarakat India kerana angka-angka
yang disebut itu adalah tidak benar. RM230 juta tidak sampai kepada
masyarakat India yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Walaupun ada projek-projek tertentu telah dilaksanakan oleh Sedic,
tetapi sebahagian besar wang peruntukkan itu telah diselewengkan oleh
pihak-pihak tertentu.

“Itulah sebabnya Timbalan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk
Seri SK Devamany tidak mahu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan
Sedic di Dewan Rakyat.

“Adakah kita akan membiarkan pemimpin-pemimpin MIC terus menipu masyarakat India?,” soalnya lagi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: