January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Pendirian bekas Duta Malaysia ke Argentina, Datuk Yeop Adlan amat melucukan apabila beliau mengumumkan menyertai DAP kerana meyakini pentadbiran parti tersebut di Pulau Pinang. Hakikat yang sebenarnya Pulau Pinang ada sebuah negeri yang gagal (failed state) di bawah DAP. Pentadbiran DAP hanya cantik di atas kertas dan di media sosial akibat propaganda tentera siber mereka, the Red Bean Army. Nasib rakyat dan kelestarian alam terjejas teruk. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku sehingga rakyat menanggung beban bencana dan sebagainya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/08/bekas-diplomat-tinggalkan-pas-sertai-dap/

Mungkin Datuk Yeop melihat dari sudut luaran sahaja, ataupun terpengaruh dengan media yang berpihak kepada mereka kononnya mereka telus, cekap dan amanah. Antara hujah yang sering digunakan adalah DAP berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri kepada RM 66 juta. Namun hakikatnya, semua itu berlaku bukan kerana kejayaan kerajaan negeri menjana pendapatan atau berhemah, sebaliknya disebabkan penyerahan aset air dalam perjanjian memuktamadkan penstrukturan semula air dengan kerajaan persekutuan.

Berbincang mengenai Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang gagal, mungkin ramai yang akan memperkatakan tragedi banjir yang telah mengorbankan tujuh orang penduduk negeri tersebut baru-baru ini. Tidak dinafikan ia merupakan musibah terburuk yang pernah dihadapi rakyat negeri tersebut sejak lebih seratus tahun dahulu. Tetapi jika dilihat secara makro, kejadian tersebut hanyalah sebahagian dari siri-siri bencana yang telah melanda negeri bekas taklukan British itu kebelakangan ini.

Sebelum itu, telah berlaku kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang turut melibatkan korban nyawa kira-kira 15 orang pekerja pembinaan kondominium lereng bukit. Dalam masa yang sama terdapat berbelas lagi projek pembangunan lereng bukit sekitar Pulau Pinang yang kini berisiko tinggi mengalami nasib yang sama seperti di Tanjung Bungah.

Di samping itu, kebelakangan ini negeri tersebut telah beberapa kali mengalami banjir kilat. Lebih 50 kawasan mengalami banjir kilat secara kerap. Terdapat kawasan yang mengalami banjir kilat lebih 20 kali dalam tempoh tahun ini sahaja. Secara purata, dianggarkan banjir kilat berlaku sebanyak dua kali sebulan di beberapa kawasan. Perkara tersebut menyebabkan rakyat mengalami kerugian besar akibat kerosakan yang dialami.

Semua ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah kecekapan pentadbiran kerajaan negeri sehingga berlaku musibah yang sangat mengancam ketenteraman rakyat ini. Jika sekali dua ia berlaku mungkin boleh dikatakan di luar kuasa manusia. Tetapi jika terlalu kerap berlaku dalam masa yang singkat, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi, siri-siri bencana ini berlaku sejak DAP mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.

Kerajaan DAP juga terpalit dengan isu pembangunan yang mengancam ekosistem semulajadi dan alam sekitar. Contohnya dalam isu penambakan laut seluas 1800 hektar di Permatang Damar Laut, kerajaan persekutuan menolak projek tersebut atas dasar ianya mengancam punca pendapatan kira-kira 1500 nelayan sekitar. Ketidakseimbangan ekosistem marin akan berlaku sehingga memusnahkan habitat hidupan laut.

Pemuda PAS pula menyarankan supaya pembangunan di Pulau Pinang dibuat secara lebih sekata dan seimbang. Kawasan-kawasan yang ketinggalan dari sudut pembangunan dan sosio-ekonomi perlu difokuskan seperti di daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/pulau-pinang-patut-batal-tambak-laut-1.473431

Saranan pemuda PAS ini mungkin ekoran daripada luahan ADUN PKR Penanti, YB Dr. Norela Ariffin, dalam sidang Dewan Undangan Negeri tersebut, yang menyatakan kerajaan negeri tidak mempedulikan rungutan penduduk di DUN yang diwakili beliau dalam menghadapi berbagai masalah. Antaranya isu kemudahan asas, banjir lumpur, kilang haram, jeti nelayan terabai dan sebagainya. Walaupun beberapa kali mengajukan soalan kepada dewan, ia tidak diendahkan. Perkara tersebut sehingga membuatkan beliau menangis di dalam sidang DUN.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/adun-pkr-menangis-dalam-sidang-dewan-1.160322

Segala isu-isu di atas bukan sahaja telah menyentuh soal kehidupan masyarakat yang terjejas, malah ia turut mengancam alam sekitar dan menimbulkan isu kelestarian dalam model pembangunan yang dicanangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini. Walaupun DAP sebelum ini mendabik dada bahawa tiada seincipun hutan simpan kekal mereka ditebang sejak 2006, tetapi hakikatnya kawasan hijau di negeri tersebut semakin terhakis akibat pembangunan yang tidak terancang. Rungutan mengenai perkara ini juga pernah disuarakan oleh Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw, di dalam akaun twitternya, dan disokong oleh Ahli Parlimen BN Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/26/kawasan-hijau-balik-pulau-semakin-terancam/

Sebelum ini, kerajaan negeri telah dikritik hebat apabila meluluskan projek pembinaan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah, walaupun selepas Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan projek tersebut atas isu ancaman ke atas alam sekitar. Apabila berlaku kejadian tanah runtuh, mereka menyalahkan pula pemaju dan berlepas diri daripadanya.

Dalam isu banjir baru-baru ini, Ketua Menterinya Lim Guan Eng menyalahkan limpahan air daripada Negeri Kedah sebagai punca banjir Negeri Pulau Pinang masih belum surut. Tetapi siri-siri banjir kilat sebelum ini sangat kerap berlaku walaupun kerajaan pusat telah melaburkan kira-kira RM 2.5 billion sejak 2006 untuk membina tebatan banjir di negeri berkenaan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm2-5-bilion-dilabur-untuk-projek-tebatan-banjir-di-pulau-pinang-sejak-2006-156124

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/sudah-letih-banjir-kilat-mahu-pulau-pinang-atasi#BQQFYcmgPUydqXY4.97

Dalam tempoh enam tahun sahaja sejak menawan Pulau Pinang, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah serta saham pemilikan tanah kerajaan negeri di dalam syarikat tertentu dengan nilai keseluruhan RM36.5 bilion merangkumi keluasan tanah seluas 5,647.5 ekar. Menurut dokumen diberikan sumber kepada Malaysian Digest, jualan berkenaan dilakukan antara tempoh 2010 sehingga 2016 sahaja iaitu sejak DAP mentadbir kerajaan negeri.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691429-dalam-tempoh-6-tahun-dap-pulau-pinang-gadai-lebih-5-600-ekar-tanah-kerajaan-negeri.html

Jika dibincang berkenaan isu ketelusan, sudah beberapa orang di kalangan pemimpin DAP yang terpalit isu rasuah dan salahguna kuasa. Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri kini berhadapan siasatan SPRM berhubung pembelian rumah beliau banglo beliau di bawah harga pasaran yang sepatutnya. Mereka juga masih gagal untuk menghapuskan tol, meskipun termaktub dalam manifesto mereka sejak PRU ke-12 2008.

Semua isu-isu yang terpalit ke atas DAP membuat kita terfikir panjang, apakah sebenarnya yang membuatkan orang memilih DAP? Jika selama ini DAP hanya dikaitkan dengan anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Institusi Diraja, tetapi apa yang dinyatakan di atas menunjukkan mereka bukan sekadar itu, tetapi turut gagal dalam hal urus tadbir sebuah kerajaan.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: