January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) masih menjalankan siasatannya setelah mendengar keterangan saksi-saksi penting berhubung isu kerugian Bank Negara Malaysia dalam urusniaga Forex sepanjang tahun 1988 hingga 1994. Namun, disebabkan tempoh masa yang telah berlalu begitu lama, masyarakat awam nampaknya masih belum memahami apakah yang sebenarnya berlaku terhadap Bank Negara pada waktu itu?

Secara ringkasnya, pada tahun 1988 hingga 1994, Bank Negara telah didakwa mengalami kerugian yang amat besar dalam urusniaga Forex. Namun Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Dr Mahathir Mohamad dan juga Menteri Kewangannya, Dato Seri Anwar Ibrahim, menafikan perkara ini di ketika di tanya oleh Lim Kit Siang di Parlimen.

https://www.malaysia-today.net/forex-rci-nowhere-to-hide-4-0/

Setelah diasak beberapa kali di parlimen, akhirnya Anwar Ibrahim mengakui berlaku kerugian tetapi menganggap ianya adalah kerugian kecil kerana berjumlah 5.7 bilion Ringgit sahaja. Namun mengikut kenyataan RCI pada hari pertama pendengaran kes, kerugian sebenar sepanjang tempoh tersebut adalah mencecah 31.5 bilion Ringgit. Jumlah tersebut adalah menyamai 60% dari jumlah rizab Bank Negara pada masa itu.

http://www.thestar.com.my/videos/2017/08/21/rci-bank-negara-suffered-rm31-5bil-forex-losses/

https://www.malaysia-today.net/bank-negara-forex-loss-rm130-billion/

Di samping itu, satu perkara lagi yang boleh dipersoalkan, jika Bank Negara hilang sebegitu banyak wang, maka ke manakah duit tersebut pergi atau pihak manakah yang mendapat untung akibat ‘perjudian’ jual-beli forex tersebut. Mahathir menuduh Soros sebagai penyangak matawang yang mana beliaulah yang telah dituduh menyebabkan Bank Negara menghadapi kerugian. Tetapi dalam satu kenyataan, Soros menyatakan bahawa beliau hanya memperoleh 1 bilion Dolar Amerika daripada urusniaga Forex tersebut. Jadi pihak manakah sebenarnya yang menerima untung tersebut?

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/what-was-the-bnm-forex-scandal#mDep8lYi62kAQu7I.97

Kerugian Forex berlaku bermula tahun 1988, sebelum Menteri Kewangan Malaysia masa itu, Tun Daim Zainuddin, letak jawatan dan digantikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1991. Selepas meletak jawatan, Daim tiba-tiba melalui berbagai proksinya menubuhkan bank di serata dunia. Satu perkara yang amat pelik. Dari mana datangnya duit yang banyak untuk membuka bank-bank ini?

Kerugian Forex juga berlaku di zaman anak-anak Dr Mahathir mula membina empayar perniagaan. Beliau yang merupakan MO1 ketika itu, sudah diketahui umum memiliki anak-anak yang kaya raya. Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina termasuk Mahathir sendiri memiliki 480 syarikat kesemuanya. Kekayaan keluarga ini setaraf dengan kekayaan bilionaire Malaysia yang lain seperti Robert Kuok, YTL, Berjaya Holding, Hong Leong dan sebagainya. Tetapi yang pelik, bilionaire lain mengambil masa sekurang-kurangnya 40 tahun untuk membina empayar mereka. Ada yang memulakan perniagaan sebelum merdeka lagi. Tetapi Mahathir dan anak-anaknya berjaya membina empayar keluarganya hanya dalam tempoh singkat lima ke enam tahun sahaja!

Sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan ke mana duit Bank Negara yang hilang samada sebanyak 5.7 bilion sebagaimana yang disebutkan Anwar di Parlimen, mahupun 31.5 bilion seperti yang disahkan oleh beberapa saksi dalam sesi penyiasatan RCI . Walaupun kebiasaan urusniaga Forex melibatkan syarikat-syarikat luar, tetapi perlu disahkan juga siapakah pemilik syarikat-syarikat luar tersebut. Yang jelasnya, ketika Bank Negara mengalami kerugian dalam tempoh tersebut, keluarga Mahathir serta proksi beliau dan Daim mulai memiliki kekayaan luar biasa di luar negara.

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-money-laundering-operation/

http://www.malaysia-today.net/mahathir-and-daim-lied-about-the-forex-losses/

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/04/16/daims-love-affair-with-banks/

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: