January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEREMBAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah akan dinaik taraf menjadi Akademi Bola Sepak, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata akademi tersebut dijangka bakal melahirkan pemain tempatan yang bermutu seterusnya mampu mewakili pasukan ke peringkat lebih tinggi.

“Langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang bersama bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan dari era 70-an hingga 90-an di sini, semalam.

Baru-baru ini, skuad bawah 14 tahun SMK Za’ba yang mewakili negara ke pertandingan bola sepak Piala Gothia di Sweden berjaya meraih tempat ketiga.

Sebanyak 214 pasukan dari 86 negara menyertai pertandingan bawah 14 tahun itu.

Sementara itu, katanya seramai lapan pemain Piala Presiden Negeri Sembilan dipilih untuk menyarung jersi skuad Hobin Jang Hobin musim hadapan setelah menunjukkan prestasi cemerlang.

Mohamad berharap pemain baharu itu dapat meningkatkan corak permainan pasukan sekali gus menamatkan kemarau untuk bermain dalam kancah Liga Super.

Mengenai majlis itu, beliau berkata ia bertujuan menghargai jasa mereka yang pernah melonjakkan nama Skuad Jang.

Katanya pemain dahulu bermain dengan bersungguh-sungguh demi pasukan

“Saya mahu pemain muda ikuti contoh pemain lama dulu, mereka bermain bersungguh-sungguh kerana mahu bermain bola, semangat untuk mewakili negeri, kelab dan negara, bukan kerana wang ringgit dan bukan kerana apa-apa,” katanya.

Mohamad berkata semangat pemain sekarang tidak seperti wira bola sepak dahulu dan mereka lebih mementingkan soal bayaran gaji berbanding semangat bermain untuk pasukan.

PBNS dalam pada itu katanya akan membuat bank data untuk bekas pemain dan mereka akan dijemput ketika sesi memperkenalkan pemain yang bakal beraksi untuk skuad Hobin Jang Hobin tahun hadapan.

Antara bekas pemain yang hadir Yusuf Abdul Aziz, Othman Jamaludin dan Zaki Sheikh Ahmad.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: