January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memberi tumpuan kepada kewangan inklusif untuk memastikan rakyat memperoleh perkhidmatan kewangan yang berkualiti.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata justeru itu, perkhidmatan kewangan di Sarawak kini diperluaskan ke kawasan pedalaman seperti Telang Usan dan Belaga.

“Setakat ini, rangkaian ejen bank di Sarawak telah meningkat kepada 632 ejen dari 14 ejen pada 2012.

“Kini, perkhidmatan perbankan asas telah disediakan ke hampir 97 peratus daerah dan telah dapat dinikmati oleh 99.7 peratus penduduk di negeri ini,” katanya dalam ucaptama di Karnival Kewangan Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Muhammad berkata, usaha melibatkan ejen bank akan diteruskan supaya tiada segmen masyarakat yang akan tercicir dalam menikmati perkhidmatan kewangan.

Bagi meningkatkan penglibatan penanggung insurans di Sarawak, beliau juga mengumumkan bahawa Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) akan menubuhkan cawangan masing-masing secara rasmi di Sarawak.

“Inisiatif ini dijangka dapat memperluaskan lagi rangkuman insurans yang lebih bersepadu,” katanya.

Selain itu, Muhammad berkata kadar kelulusan pembiayaan untuk pinjaman perumahan di Sarawak adalah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 75.6 peratus.

“Daripada jumlah ini, 72 peratus merupakan pembiayaan pembelian rumah pertama.

“Institusi kewangan telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik,” katanya.

Karnival Karnival Kewangan Sarawak bertema ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’ akan berlangsung selama tiga hari mulai 24 Nov, 2017 di Pusat Pameran CityONE di sini.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: