January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PKR Pulau Pinang menyatakan sokongan terhadap anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kebun Bunga Cheah Kah Peng, yang dilarang menguruskan
pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri.

“Langkah ini tidak hormat pada hak demokratik rakyat Kebun Bunga yang mengundi Cheah dalam pilihan raya umum lepas.

“Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat daripada penduduk Kebun
Bunga, Cheah tidak sepatutnya dilarang daripada menjalankan
tanggungjawabnya,” kata Pengerusi PKR negeri Mansor Othman kepada Malaysiakini.

Cheah, yang berkecuali ketika undian yang usul Umno berkenaan
penambakan tanah dua tahun lalu, dilarang menguruskan bantuan RM700
melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan
Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Tiada alasan diberikan.

Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan
Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul Umno
untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Lim mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Cheah pada 10 November lalu juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Selain beliau, ADUN Permatang PASIR Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir.

Sementara itu, Mansor yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau
Pinang berkata, penyerahan pengurusan bantuan banjir di Kebun Bunga
kepada ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey adalah langkah meminggirkan PKR
dalam kerajaan negeri.

Difahamkan Mansor mahu berdepan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng susulan isu itu hari ini.
Mansor juga menolak alasan Lim bahawa terdapat perubahan prosedur dalaman sebagai “naif dan tidak boleh diterima”.

Sementara itu, Pengarah Strategik Ketua Menteri Datuk Saifuddin
Nasution yang juga setiausaha agung PKR enggan mengulas berkaitan
larangan terhadap Cheah itu.

Exco kerajaan negeri merangkap timbalan ketua Pemuda PKR Dr Afif
Bahardin pula berharap kedua-dua parti dapat menyelesaikan isu itu
dengan segera.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: