January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

DAKWAAN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) kononnya
tiada pemimpin kerajaan negeri turun padang menangani isu Pasar Siti
Hajar dianggap tidak berasas.

 

Sedangkan sebelum ini majlis dialog diadakan bersama Ustaz Datuk
Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika program pemukiman Menteri Besar di
Pasir Puteh.

 

Malah anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood beberapa kali meninjau pasar baharu tersebut di Pasir Puteh Sentral

 

Abdul Fattah berkata, pemimpin kerajaan negeri sudah acap kali turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar.

 

Namun maklumat itu tidak pada Adun Salor, Datuk Husam Musa sehingga
membuat tohmahan kononnya pemimpin kerajaan negeri tidak menangani isu
terbabit.

 

“Sekarang isu pemindahan peniaga dari pasar lama di Pasir Puteh sudah
hampir selesai. Daripada 500 peniaga pasar lama seramai 380 peniaga
bersetuju untuk pindah.

 

“Dan sekarang seramai 304 peniaga sudah menjalankan perniagaan di
pasar baharu. InsyaAllah kita akan mengadakan perasmian pasar itu awal
tahun hadapan,” katanya di persidangan Dun semalam. 
Belum itu ketika mengambil bahagian membahas Bajet Kelantan 2017,
Husam meminta pemimpin kerajaan negeri melawat pasar tersebut. – HARAKAHDAILY



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: