January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia akan terus terjejas jika
skandal 1MDB tidak ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa, tegas
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

“Skandal 1MDB dan penglibatan pemimpin utama seperti ‘MO1’ telah
menjejaskan keinginan pelaburan asing melangkah masuk negara. Akibatnya,
ekonomi negara terjejas.

“Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita perlu serius dalam hal
menyelesaikan skandal 1MDB untuk kebaikan rakyat dan masa hadapan
negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, negara amat bergantung kepada pelaburan asing daripada beberapa negara lain bagi tujuan perkembangan ekonomi.

“Sebagai contoh, lima negara pelabur asing terbesar di Malaysia
setakat tahun 2016 adalah seperti berikut; Jepun (RM88.5 bilion),
Amerika Syarikat (RM71.9 bilion), Singapura (RM39.2 bilion), Jerman
(RM31.2 bilion) dan Belanda (RM21.6 bilion).

“Jika kita tidak membetulkan imej negara, kita akan hilang lebih
banyak pelabur asing. Pelabur-pelabur baru juga akan berasa gerun
melabur di negara kita,” ujarnya.

Selain insentif kepada pelabur asing, katanya, isu ketelusan
pentadbiran negara merupakan antara faktor penting dalam menarik pelabur
asing untuk melabur di negara ini.

Katanya lagi, penutupan kilang-kilang milik pelabur asing akan
merencatkan pertumbuhan ekonomi negara sekaligus meningkatkan kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP menyeru pihak
berkuasa negara ini agar dengan segera menyelesaikan siasatan ke atas
skandal 1MDB.

“Pihak berkuasa PDRM, SPRM dan Peguam Negara harus menunjukkan sikap
neutral apabila melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi rakyat
Malaysia.

“Hari ini, nama baik institusi-institusi tersebut termasuk Dewan
Rakyat tercemar kerana melindungi pihak-pihak yang terlibat dalam
skandal besar ini,” katanya. – Roketkini.com



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: