January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MALAYSIAKINI


 

ULASAN  Setahun telah berlalu
sejak saya diberitahu bahawa Sayap Srikandi BERSATU belum didaftarkan
dan ditubuhkan pada Disember tahun lalu.

Menurut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh, jawatan
ketua srikandi BERSATU secara teknikalnya tidak sah kerana sayap
srikandi belum wujud.

Malah Timbalan Pengerusi BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri
memaklumkan kepada saya di hadapan setiausaha agung bahawa pada ketika
itu hanya sayap ARMADA (Pemuda BERSATU) sahaja yang baru didaftarkan dan
ditubuhkan.

Semalam saya dikejutkan sekali lagi apabila mendapat tahu bahawa
sayap ARMADA sehingga kini masih belum wujud dalam sistem Pendaftar
Pertubuhan (ROS)!

 

Ini
bermaksud, secara tenikalnya majlis angkat sumpah serta perlantikan
semua barisan kepimpinan ARMADA BERSATU di peringkat pusat, negeri,
bahagian dan cawangan juga adalah tidak sah.

 Kenapa perlu berbohong kepada saya dan ahli ketika itu? Dan berapa
banyak pembohongan yang kepimpinan BERSATU nak lakukan terhadap
ahli-ahlinya?

Saya harap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak
menggunakan isu lokus standi ke atas saya sekiranya saya mengkritik
BERSATUsebagai parti yang tidak mengamalkan tadbir urus dengan baik dan
berlandaskan integriti.

Saya ingin bertanya kepada presiden dan timbalan presiden BERSATU di
mana perjuangan untuk akauntabiliti, integriti dan ketelusan yang selama
ini mahu diperjuangkan?

Di mana tagline BERSATU yang saya dan anda cipta bersama di rumah
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2016, “Bersatu,
Beramanah, Bermaruah”.

Jawablah soalan saya dan jangan lagi berselindung di belakang ahli-ahli dan hanya berani menghantar keyboard warriors untuk menyerang saya di media sosial. Saya hanya wanita terakhir yang berdiri seorang diri di tengah gelanggang. Saya hanya the last woman standing.

Hentikan alasan yang biasa digunakan, yakni parti baru yang masih banyak kelemahan.

 

Jika
BERSATU mendabik dada bahawa ia mampu memimpin kerajaan baru di
Putrajaya selepas PRU14 kerana pengalaman pucuk pimpinannya yang
berpuluh tahun dalam kerajaan, jangan beri alasan bahawa parti baru
perlukan masa untuk sempurna.

 Jika pengasas-pengasas parti juga ditipu, beritahu saya bagaimana saya boleh yakin bahawa anda tidak akan menipu rakyat.

Jika dahulu saya diketawakan dan dilabel gila jawatan kerana kononnya
tergesa-gesa melantik barisan kepimpinan Srikandi, hari ini dengan
kuasa Allah Taala yang maha adil maka Allah telah menunjukkan kepada
semua rakyat siapakah yang gila jawatan dengan sesuka hati dan secara
semberono mencantas sesiapa sahaja yang mereka tidak sukai untuk mereka
terus membohongi rakyat.

Tanggungjawab saya di sisi Allah untuk bercakap benar walaupun ia pahit untuk diterima.

Ia bukan tentang saya, Dr Mahathir, Muhyiddin atau Mukhriz tetapi ia
tentang rakyat. Biarlah saya dikecam, dihina dan dimaki atau apa sahaja
yang mampu anda lakukan dengan kejahatan dalam hati, namun kuasa Allah
Taala akan tetap melindungi hambaNya yang dianiaya.

Tiada apa yang mustahil di dunia ini dengan kuasa Allah yang maha besar.

 

Saya menggesa kepimpinan BERSATU untuk segera menginsafi kesilapan. Kembalilah ke landasan perjuangan bangsa yang sebenar.

 Contohilah ayahanda Dr Mahathir yang berani bercakap benar dan saya
sentiasa menghargai amanatnya kepada saya untuk sentiasa berani bercakap
benar untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Jika Rasulullah kekasih Allah dibaling najis dalam membawa kebenaran,
apalah sangat sekerdil-kerdil insan seperti saya ini untuk tidak berani
berhadapan caci-maki dan fitnah jahat golongan tertentu.

Tuhan saya hanya satu. Kepada Allah saya serahkan perjuangan saya
demi negara yang saya cintai.
Sudah sampai masanya untuk saya keluar
dari hibernasi dan berhadapan dengan kebenaran kerana jika inilah yang
ditakdirkan oleh Allah untuk saya lakukan, saya akan lakukannya dengan
istiqomah dan jihad keranaNya.

Semoga bumi Malaysia yang dipinjamkan dan diamanahkan oleh Allah
untuk syiar Islam akan kekal dalam kekuasaan pemimpin yang mendokong
kuasa pemerintahan Islam.


ANINA SAADUDIN adalah presiden Empirical Malaysia.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: