January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Heh! Ingatkan selepas dia keluar dari PAS, perangai haramjadah nak jadikan agama sebagai bahan modal Politik murahan ini pun akan ditinggalkan. Rupanya, lagi teruk peranagi Si Khalid Samad ni.

Tindakan dia tu sampai ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengganggu dan kerap mencelah semasa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Si Khalid Samad tu sibuk mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk menjawab mengundang kemarahan Pandikar, seterusnya memberi amaran untuk mengarahkan Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama. Apabila Menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikkan terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar.

Datuk Dr. Asyraf dalam penjelasannya berkata, dia terpaksa menjawab isu itu secara politik kerana tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh puak pembangkang adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutuan namun Islam agama yang adil dan mengiktiraf kebersamaan, selain meraikan kepelbagaian agama di negara ini. 

“Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberontakan dan ketidakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud mengenai perkembangan Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Dari satu sudut, tindakan Si Khalid Samad tu bukan sahaja mahu menjadikan isu agama sebagai bahan Politik Murahannya. Malah dia juga seolah – olah cuba mempertahankan ajaran Atheist yang sedang menular dikalangan masyarakat dengan bertindak sedemikian!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: