January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini dalam dagangan kecil, walaupun penurunan di penanda aras niaga hadapan emas Bursa Komoditi AS (COMEX), kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Amberlyn How berkata emas COMEX susut hari ini berikutan pengambilan untung pada akhir minggu ini.

“Bagaimanapun, pasaran emas dijangka terus disokong oleh penurunan dolar US susulan pengumuman minit daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada November yang kelihatan memihak kepada kadar faedah rendah berhubung keputusan kadar faedah pada tahun depan, manakala kenaikan kadar pada Disember telah diambil kira,” katanya.

Bulan semerta November 2017, Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018, masing-masing menambah empat mata kepada RM171.2, RM171.85, RM172.75 dan RM173.25 segram.

Jumlah dagangan tidak berubah pada satu lot bernilai RM17,120, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 99 kontrak daripada 100 kontrak semalam.

Pada 5 petang, harga emas fizikal naik 25 sen kepada RM165.23 segram.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: