January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama di sebalik beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Jawatankuasa tersebut juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.

SPAD, dalam kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu akan mengetuai jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan.

Antara lain, jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.

Sebelum ini, Ogos lepas, dua insiden tren kargo tergelincir dilaporkan dan semalam, perkhidmatan tren di sekitar Lembah Klang terjejas selepas 12 gerabak tren kargo tergelincir di Kilometer 386, antara laluan Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.

SPAD berkata pihaknya kini sedang merangka terma rujukan bagi jawatankuasa tersebut.

SPAD berhasrat untuk memastikan KTMB mengamalkan standard operasi dan keselamatan yang tertinggi, menurut kenyataan itu.

“Penubuhan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti daripada pengendali rel tersebut,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: