January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KOTA KINABALU: Wang tunai dianggarkan bernilai RM11 juta ditemui oleh pihak berkuasa dalam serbuan di dua lokasi berasingan termasuk di sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang mengadakan Op Gegar selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, hasil daripada serbuan itu, anggota penguatkuasa berjaya menemui wang tunai dianggarkan RM11 juta membabitkan dua lokasi iaitu sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Kota Kinabalu.

“Dalam serbuan pertama, kita berjaya menemui sejumlah wang mencecah jutaan ringgit dan susulan daripadanya, sebuah pangsapuri lagi diserbu dan turut ditemui jumlah wang jutaan ringgit.

“Semua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini,”katanya.

Sementara itu, JIM Sabah dijangka akan membuat satu sidang media berkenaan kes terbabit pada petang ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: