January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Seorang wanita dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di
Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berniat
ke Syria bagi maksud persediaan untuk melakukan perbuatan keganasan,
tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap
Nur Afiqah Farhanah Che Samsudim, 26, dan memerintahkan hukuman itu
berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap ada 4 April 2017.

Terdahulu, peguam Mohd Hezri Shaharil, yang mewakili tertuduh,
memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira
tertuduh benar-benar insaf dan menerima kesalahan itu sebagai balasan
dan dia juga telah bertaubat atas perbuatan itu.

“Tertuduh kehilangan bapa pada usia 17 tahun dan mula mengenali
seorang lelaki yang kemudian menjadi kekasihnya namun pada 2014…
kekasihnya itu telah meninggal dunia. Tertuduh sangat tertekan dan kerap
menangis di kubur.

“Tertuduh kemudian berkahwin dengan adik kekasihnya namun hanya
bertahan dua bulan kerana suaminya penagih dadah. Dia kemudian
menyambung pelajaran dalam kursus berkaitan perubatan,” katanya

Peguam itu berkata akibat kurang matang dan tekanan hidup, tertuduh mula
mendekati agama dan mengenali seorang lelaki yang berada di Syria
melalui laman sosial di mana lelaki itu mengajaknya ke Syria untuk
berkahwin dan tertuduh setuju.

“Akhirnya tertuduh tersedar bahawa dia telah terjebak ke dalam perjuangan sesat dan jihad palsu,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam
memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh mengambil
kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Mohd Sofian dalam penghakimannya, berkata tertuduh bernasib baik
kerana ditahan di sempadan Syria dan jika dia berjaya meloloskan diri
sudah pasti nasib tertuduh tidak diketahui.

“Jihad yang sebenar adalah pada diri sendiri dan keluarga, bagaimana
untuk menjadi muslim sejati.
Mahkamah bersimpati dengan perjalanan hidup
tertuduh yang penuh liku dan ranjau sepanjang jalan namun pergi ke
Syria bukan penyelesaian kepada masalah,”katanya.

Mohd Sofian turut menasihati Nur Afiqah Farhanah, yang menangis dalam
kandang tertuduh, supaya insaf dan kembali ke pangkuan ibunya selepas
menjalani hukuman itu.

Wanita yang tidak bekerja itu didakwa dengan niat hendak pergi ke
Syria, dengan berlepas dari Malaysia ke Singapura dan seterusnya ke
Turki bagi maksud persediaan melakukan suatu perbuatan pengganas di
Syria.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 5.51 petang 29 Ogos 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, sebagai persediaan ke Syria, tertuduh telah
menjual Perodua Myvi miliknya dengan harga RM5,000 dan sebelum
berangkat, tertuduh menulis surat kepada ibunya memberitahu dia hendak
berhijrah ke Syria serta ingin mati syahid.

Tertuduh tiba di Istanbul, Turki pada 30 Ogos 2016 dan tinggal di
sana selama beberapa bulan sebelum ditangkap pada 9 Februari lalu di
sempadan Turki dan Syria oleh pihak berkuasa Turki.

Pada 4 April 2017, tertuduh dihantar pulang ke Malaysia dan ditangkap
anggota polis di KLIA dan semasa siasatan, tertuduh memberi kenyataan
dia berniat ke Syria selepas mendapat arahan daripada Muhammad Wanndy
Mohamed Jedi dan Ismail Hosain.- Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: