January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA PILAH: Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata ia terdiri daripada sekolah, balai raya, dewan besar dan kompleks sukan untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan kepada mangsa sama ada kejadian banjir ataupun kecemasan.

“Penyelia pusat pemindahan pula terdiri daripada kalangan guru besar, pengetua sekolah, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Persekutuan sebagai pegawai yang bertanggungjawab kepada pusat pemindahan di bawah jagaan masing-masing.

“Seramai 1,069 anggota penyelamat dari pelbagai agensi bersedia digerakkan pada bila-bila masa apabila berlakunya bencana dengan kepakaran dan fungsi tugas masing-masing,” katanya pada majlis penutup Taklimat Pengurusan Pusat Pemindahan Sempena Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana di sini, hari ini.

Teks beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Salinah Ismail.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Roslan Wahab dan Pengarah dan Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar.

Sementara itu, Mat Ali berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia musim tengkujuh lazimnya akan membawa hujan lebat di beberapa kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta sebahagian negeri di Semenanjung telah bermula pada pertengahan November lalu dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.

“Merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran setakat Selasa lepas, rekod bacaan taburan hujan di Negeri Sembilan secara purata tahunannya adalah berjumlah 2,200mm setahun, tetapi beberapa daerah di negeri ini telah mencatatkan jumlah bacaan taburan hujan melebihi daripada purata tahunan.

“Seperti Seremban dengan bacaan 2,502.71mm, Port Dickson dengan bacaan 2,329.25mm, Rembau 2,307.35mm dan Kuala Pilah 2,141.30mm,” katanya.

Beliau berkata dari Januari hingga 2 Nov lepas, 38 kejadian banjir dicatatkan di negeri ini dengan daerah Seremban mencatat jumlah tertinggi iaitu 13 kes kejadian banjir kilat.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: