January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KOTA KINABALU: Keasyikan 19 kaki judi termasuk seorang wanita menyaksikan pertaruhan judi sabung ayam berakhir apabila mereka diberkas polis dalam serbuan di Kampung Kompimpinan Dabak, Jalan Putatan, Penampang, malam tadi.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, polis turut merampas 38 ekor ayam dipercayai digunakan dalam permainan judi sabung ayam dan wang tunai RM3,156.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang Asisten Superintendan Rajendran Yalamalai berkata, sepasukan polis melakukan intipan selama dua jam bermula jam 10 hingga 12 malam.

“Kita dapati sekumpulan individu terdiri daripada 18 lelaki dan seorang perempuan bersama 38 ekor ayam berada di gelanggang khas di Kampung Kompimpinan Dabak dan telah mengadakan satu pertaruhan sabung ayam.

“Setiap pertaruhan masa selama 15 minit dan pertaruhan sampai RM2,000,” katanya, ketika ditemui di lokasi serbuan, malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kegiatan sabung ayam terbabit sudah dijalankan sejak tiga bulan lalu dan dipercayai mereka mempunyai kumpulan dalam aplikasi Whatsapp bagi memaklumkan setiap pertaruhan yang akan dijalankan.

“Dalam serbuan itu, semua suspek yang ditahan termasuk seorang wanita yang bertindak sebagai penganjur berusia antara 26 hingga 66 tahun.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan dan Seksyen 3(1) Penganiayaan Terhadap Binatang 1953,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: