January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: AirAsia menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Syarikat Penerbangan pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016 yang berlangsung di Kuching malam tadi.

Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia amat bangga diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan utama oleh kerajaan Sarawak.

Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas penghargaan tersebut, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan bekerja lebih keras dalam membangunkan Kuching sebagai hab serantau dan menarik lebih banyak pelancong ke Sarawak.

Beliau berkata syarikat itu melancarkan empat laluan baharu tahun ini, iaitu Kuching-Pontianak, Kuching-Langkawi, Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, selain meningkatkan kekerapan penerbangan ke beberapa laluan utama di Sarawak.

“Sambungan baru ini tentu akan meningkatkan ketibaan pelancong, selain daripada tiga juta penumpang yang telah kami bawa setakat ini tahun ini.

“Antara 2015 dan 2016, jumlah penumpang ke Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu bertambah dengan peningkatan purata 290 peratus.

“Kami bangga dengan pertumbuhan eksponen dan tidak dapat mencapainya tanpa sokongan kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: