January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Khusrin gantikan Adzib sebagai Pengerusi Mais.

AMANAH mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang baru
bagi menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

“Saya berharap Mais akan lebih cemerlang di masa akan datang dengan
perlantikan Datuk Khusrin yang kembali ke sana kerana beliau ialah
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini,” kata pengarah
komunikasi AMANAH Khalid Samad.

Beliau yang juga ahli parlimen Shah Alam berharap selepas ini Mais
akan mengendalikan isu penggunaan wang zakat Selangor dengan baik.

“Saya berharap selepas ini tidak ada lagi pengemis di kalangan rakyat Selangor yang beragama Islam.

“Saya juga berharap tidak ada lagi anak Selangor yang tidak dapat
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kerana ketiadaan
perbelanjaan kerana kutipan zakat di Selangor amat memberangsangkan,”
katanya.

Khalid juga berharap, kerjasama yang lebih rapat dapat diadakan antara kerajaan negeri dengan Mais dan juga Jais.

“Kita berharap tidak ada lagi penguatkuasaan terhadap sesuatu perkara
tanpa pengetahuan Exco agama Selangor dan suasana syura berjalan dengan
baik dengan mengambil kira implikasi bagi setiap tindakan,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: