January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


1.
Dalam sejarah lebih 150 tahun etnik Bugis di Sabah, esok 26/11/2017 merupakan
detik yang bersejarah dalam kajian sains politik. Pertama, belum pernah etnik
Bugis Sabah berhimpun dalam jumlah yang dijangka ramai untuk menyatakan
bantahan terhadap title ‘Bugis Lanun’ yang diejek oleh mantan Perdana Menteri
bulan lalu.
2. Ahli
akademik, TS Prof. Emeritus Khoo Kay Kim (2010) menerangkan istilah lanun yang
dituduh itu tidak betul kerana ianya telahan orientalis yang tidak senang
dengan kehebatan pelaut Bugis menjaga keselamatan kapal-kapal perdagangan di
laut. Lalu mereka menuduhnya ‘pirates’ kononnya sama sepertinya pirates di
Amerika dan Great Britain.  kemudian
pirates diterjemahkan secara direct translation dalam bahasa Melayu sebagai
lanun.
3.
Namun begitu, pada hari ini, orang ramai sudah ramai berilmu pengetahuan dan
mengetahui tipu helah orientalis itu. Malangnya, pada hari ini masih ada orang
yang sengaja mengungkapkannya semula dengan tujuan untuk menghina bangsa Bugis.
4. Maka
esok orang-orang Bugis akan berhimpun secara aman di bandar Tawau, sebuah
bandar yang sangat sinonim dengan etnik Bugis di Sabah sejak beratus tahun
lamanya. NGO-NGO Bugis di Sabah juga sehati dan sejiwa dengan NGO-NGO Bugis di
Johor, Selangor, Sultan Selangor dan Sultan Johor menyatakan bantahan terhadap
penghinaan ini.
5.  Ini bukan acara politik. Sememangnya sarjana
barat seperti Profesor Hungtinton (1990) berkata dua dekad akan datang tamadun
China dan Asia akan berkembang sementara tamadun Barat akan merosot. Orang hairan
kenapa China hari ini mendominasi segala-galanya, walhal kajian sarjana barat
sudah meramalkannya 40 tahun dahulu. Begitu juga katanya, etnik-etnik di benua
kecil Asia Tenggara yang didominasi oleh Indonesia dan Malaysia akan
bersatupadu dan saling bekerjasama atas dasar budaya, agama, ekonomi, sosial
dan adat resam. Bukan lagi bersatu atas nama politik.
6.
Merujuk kepada kajian Prof Hungtinton itu, Red26 merupakan salahsatu intipati
kebenaran kajian itu. Mereka yang jumud di dalam kepompong politik yang sempit
akan kalah. Sebaliknya mereka yang menyedari sejarah dan tamadun agung mereka
akan berjaya. Maka, mengapa ada yang tidak mahu bersama dalam kebersamaan?
7.
Harold Laswell (1930) berkata, paling tidak ada 5 kriteria ciri-ciri manusia
demokratik. Pertama, membunuh egonya supaya berpartisipasi. Kedua, ada kemahuan
untuk berkongsi nilai. Ketiga, mempercayai dalam kebersamaannya. Keempat,
menghukum sesuatu dengan melihat dari pelbagai nilai. Kelima, bebas daripada
kebimbangan.
8.
Kalau dirujuk kepada Red26 ini maka ianya menjadi 5 persoalan tambahan kepada
diri kita/anda, iaitu:-
Pertama,
apakah kita/anda ego dengan kepartian untuk tidak turut bersama? walhal
kita/anda punya ketamadunan yang tinggi, lebih tinggi dari sebuah partai.
Kedua,
apakah kita/anda tidak memiliki nilai kebersamaan dengan tamadun bangsa
sendiri?
Ketiga,
apakah kita/anda tidak mempercayai tamadun bangsa sendiri?
Keempat,
apakah hukuman kita/anda bersandarkan kepartian menghalang untuk kebersamaan?
Kelima,
apakah kebimbangan kita/anda kerana terikat dengan kepartaian?
Makanya,
kembalilah kepada akar budaya. Sejarah membuktikan tidak ada yang kekal di
dalam politik tetapi bangsa itu akan kekal dalam agama dan ketamadunannya.
F.
Fukuyama (1992) berkata, bukan soalnya menang atau kalah dan bukan soalnya
menjadi calon PRU atau tidak. Persoalannya, mengapakah anda tidak berkorban
untuk membuktikan national identity, nation building dan patriotisme dalam
konteks Bugis Sabah?
Selamat
Berhimpun Dengan Aman Dan Damai.
1.
Prof. Khoo Kay Kim, UM.
2.
Prof. Samuel Hungtinton, Harvard Univ.
3.
Prof. Francis Fukuyama, Harvard Univ.

4.
Prof. Harold Lasweel, Yale Univ.

5. SN
Arenawati, Pegawai Penyelidik Yayasan Sabah.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: