January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR: Kementerian
Kesihatan hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali menyokong
langkah penjualan rokok ‘kiddie pack’ atau pek mini, persidangan Dewan
Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata
penjualan rokok “kiddie pack” yang mengandungi kuantiti kurang daripada
20 batang dan lebih murah hanya akan menarik lebih ramai perokok
terutamanya remaja.

“Kementerian memandang serius amalan merokok di negara ini yang
merupakan faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan dan kematian
pra-matang.

“Larangan penjualan rokok ‘kiddie pack’ adalah untuk membendung
masalah penggunaan rokok dalam kalangan remaja,” katanya ketika menjawab
soalan asal Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berhubung
perkara tersebut pada sesi soal jawab.

Dr Hilmi berkata negara ASEAN lain juga mengambil langkah melarang
pembungkusan rokok dalam pek mini dan sehingga kini hanya empat negara
di rantau ini masih belum melaksanakan kawalan tersebut iaitu Thailand,
Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) mengenai
keberkesanan penguatkuasaan larangan merokok dalam kalangan remaja, Dr
Hilmi berkata satu cadangan untuk mewujudkan undang-undang baharu
berkaitan produk tembakau kini sedang diteliti Jabatan Peguam Negara
(AG).

Beliau berkata cadangan menaikkan had umur membeli dan menjual rokok
dari 18 kepada 21 tahun akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat
penelitian daripada AG.– Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: