January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Khalid Abdul Samad

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengurangkan hukuman ke
atas ahli parlimen Shah Alam daripada RM2,900 kepada RM1,900 sekaligus
menyelamat kedudukan Khalid Samad sebagai ahli parlimen.

Namun begitu, Khalid masih disabitkan bersalah di atas pertuduhan
mengajar tanpa tauliah yang menyalahi Enakmen Agama Islam Selangor.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Salehan Yatim memutuskan
demikian selepas menerima rayuan Khalid untuk mengurangkan denda itu.

Mahkamah menyatakan hukuman denda RM2,900 itu boleh menyebabkan kesan
serius kepada Khalid kerana boleh menyebabkan beliau hilang kalayakan
sebagai ahli parlimen sekaligus rakyat Shah Alam akan kehilangan wakil
rakyat mereka.

Dalam perbicaraan pagi ini, Khalid merayu keputusan Mahkamah Rendah
Syariah pada 19 Januari lalu yang mensabitkan beliau bersalah di atas
tuduhan mengajar tanpa tauliah dan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau
dua bulan penjara.

Mengikut peraturan SPR, Khalid tidak layak menjadi wakil rakyat jika didenda melebihi RM2,000.

Khalid didakwa memberikan ceramah tanpa tauliah di Surau Taman Seri
Sementa Klang pada 16 Ogos 2011 lalu yang melanggar Seksyen 119 (1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003).

Beliau diwakili peguam Dr Zulkarnain Luqman manakala defendan diwakili pendakwa syarie Aiman Roslan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: