January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mahkamah Zalim!!! Kerajaan Pengaruhi Keputusan Mahkamah!!! Itu diantara tohmahan yang seringkali dilemparkan oleh puak Pakatan Haprak tu terhadap sistem perundangan di Malaysia.

Dakwaan seperti itu biasanya dikeluarkan hampir setiap kali ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

Walhal kesalahan yang dilakukan takde kena mengena pun dengan Kerajaan. Tapi dek kerana diorang ni ketandusan modal nak memburukkan Kerajaan, maka keluar la dakwaan sedemikian.

Mengikut alasan yang diberikan, puak Pakatan Haprak tu mendakwa Kerajaan mempergunakan sistem perundangan Negara untuk memberikan tekanan kepada pemimpin mereka.

Mereka kata, Kerajaan menyalah-gunakan sistem perundangan itu hanya untuk menutup mulut pemimpin Pakatan Haprak tu dan bukannya untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Tapi IRONIKnya, bila keputusan mahkamah itu menyebelahi puak Pakatan Haprak tu, kenapa diorang hanya mendiamkan diri? Kenapa diorang tak nak pulak salahkan pihak mahkamah?

Sebagai contoh kes yang melibatkan Si Khalid Samad ni. Kalau ikut keputusan awal, mahkamah telah menetapkan denda sebanyak RM 2,900 ke atas kesalahan yang dilakukan.

Denda itu dikenakan atas kesalahan Si Khalid Samad yang berceramah didalam masjid tanpa memiliki sebarang tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini.

Namun atas dasar pertimbangan pihak mahkamah, kesalahan yang dibuat oleh Si Khalid Samad itu kekal. Tetapi jumlah denda yang dikenakan ke atasnya telah dikurangkan kepada RM 1,900.

Jika dilihat dari satu sudut, jumlah denda sebanyak RM 2,900 sebelum ini boleh menyebabkan Si Khalid Samad tu hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.

Tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan pertimbangan dan bersetuju untuk mengurangkan denda tersebut sekaligus melayakkan Si Khalid Samad tu untuk bertanding.

Maka, adakah keputusan yang dibuat ke atas Si Khalid Samad itu merupakan satu kezaliman terhadap dirinya? Adakah pihak Kerajaan yang masuk campur dalam keputusan tersebut?

Kot kalau betul la Kerajaan ada masuk campur dalam urusan perundangan di Malaysia ni, sudah tentu takde seorang pun dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang boleh bertanding. Tapi fakta itu tak nak pula diterima oleh mereka kerana takut kemaluan sendiri terbongkar!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: