January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Selepas
berkampung selama 42 jam di luar parlimen, Pemuda Pakatan Harapan telah
mencapai kata sepakat untuk menganjurkan ‘Demontrasi Turun-Turun’ yang
akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Disember nanti.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, Pemuda PH akan
terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat yang kini sangat dibebani
dengan kos kehidupan yang saban hari meningkat.

Mohd Sany Hamzan



“Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk
turun beramai-ramai bagi menghantar satu mesej jelas kepada kerajaan
kleptorasi pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kami mengajak rakyat meletakkan azam dan iltizam untuk membuat
perubahan dalam PRU14 yang akan datang,” ujarnya dalam kenyataan hari
ini.

Katanya lagi, selepas kenaikan harga minyak berganda dalam tempoh
sebulan yang lalu, Pemuda AMANAH Nasional bersama Pemuda Pakatan Harapan
telah menggerakkan kempen bantahan di seluruh negara.

“Majoriti masyarakat menyatakan kekecewaan mereka kepada kerajaan
yang langsung tidak cakna terhadap permasalahan rakyat yang sedang
terbeban dengan kos sara hidup,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sany mengajak rakyat untuk terus menyuarakan bantahan terhadap
kerajaan bagi membantah harga minyak yang sangat tinggi ketika ini.

Pemuda PH berpendapat  walaupun berlaku penurunan harga Ron 95 dan 97
sebanyak 8 sen dan diesel 2 sen pada minggu ini, namun harga bahan
bakar itu masih tinggi.

“Ini kerana kekerapan kenaikan harga sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.

“Penurunan yang diumumkan itu tidak cukup melegakan rakyat yang masih terbeban dengan harga minyak sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat tidak menyambut penurunan harga minyak ini
kerana ia tidak memberi kesan positif yang besar kerana rakyat masih
merasai bebanan tinggi akibat kenaikan pelbagai serta pengenaan cukai
GST ke atas mereka.

“Kerajaan sendiri tidak berasa lega dengan penurunan harga ini kerana
mereka tahu mood rakyat sangat negatif terhadap mereka pada ketika ini.

 

Demontrasi
desak kerajaan turun harga minyak yang dilakukan Pemuda PH pada 22
November lalu selama 42jam dijangka akan diteruskan  lagi pada 31
Disember di Kuala Lumpur.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: