January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengenepikan dan menghalang ADUN Kebun Bunga (PKR) Cheah Kah Peng menyerah bantuan kepada mangsa banjir.

ADUN Pulau Betong Datuk Dr Muhammad Farid Saad menyifatkan tindakan itu sebagai tidak demokratik dan menafikan pilihan rakyat yang memilih ADUN itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Saya tidak hairan jika ADUN-ADUN BN tidak diberikan kuasa memperakui permohonan itu, tapi bila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ia sesuatu yang agak janggal. 

“Bukankah PKR adalah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?,” soal beliau dalam kenyataan media hari ini.

Ujar beliau lagi, tindakan menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN DAP Pulau Tikus, Yap Soo Huey seolah-olah mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah tidak menolak tindakan ini merupakan petanda DAP mahu merampas kerusi-kerusi PKR pada PRU akan datang.

“Kenapakah tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB Cheah Kah Peng sebagai wakill rakyat Kebun Bunga diserahkan kepada ADUN DAP-Pulau Tikus pula?

“Apakah DAP Pulau Pinang sedang mengatur langkah untuk mengambil alih kerusi-kerusi DUN yang kini diwakili oleh PKR pada PRU ke-14?,” soal beliau lagi.

Ini katanya berdasarkan kepada desas-desus yang pernah berlaku pada PRU13, di mana DAP cuba memiliki 21 kerusi DUN sekaligus memiliki majoriti mudah dalam DUN.

“Sekiranya DAP ada majoriti mudah di DUN, DAP sudah tidak perlukan parti-parti lain untuk membentuk Kerajaan. 

“Mungkinkah DAP sedang merangka pelan atau strategi untuk mendapatkan kuasa mutlak (absolute power) di Pulau Pinang? PKR dan PAN akan jadi seperti ‘melukut di tepi gantang’ sekiranya DAP ada 21 kerusi di DUN Pulau Pinang,” dakwa beliau.

Katanya lagi, seorang ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin juga diberi tekanan ekoran menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti.

Semalam, Kah Peng melahirkan rasa kecewa dan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas disekat daripada mengendalikan bantuan banjir berjumlah RM700 yang dijanjikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya.




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: