January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Sebanyak 130 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di Perak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dan 61 mematuhi piawaian kebakaran, kata Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata hasil pemeriksaan sehingga bulan lalu mendapati 69 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok berdaftar itu tidak mematuhi piawaian kebakaran.

“Sebanyak enam maahad tahfiz dan sekolah pondok belum berdaftar, manakala baki 10 lagi didapati tidak beroperasi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai langkah pencegahan yang diambil bagi mengelak kebakaran di pusat maahad tahfiz pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Rusnah, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran di sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negeri.

“Sebanyak 10 pasukan pemeriksa terdiri daripada 28 pegawai bomba Perak dilantik secara langsung melakukan pemeriksaan selain memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar berkaitan keselamatan kebakaran bermula 2 hingga 17 Okt lepas.

Tambah Rusnah, kerajaan negeri juga mengarahkan pihak bomba turun padang sekali setahun untuk memantau keselamatan maahad tahfiz dan sekolah pondok.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 53 skuad bomba tahfiz dan pondok yang berperanan sebagai ‘first responder’ telah berdaftar di seluruh negeri dan sembilan daripadanya berjaya menamatkan latihan mengikut modul dan teori ditetapkan.

Rusnah berkata sepanjang tempoh 2015 sehingga tahun ini, sebanyak dua kes kebakaran dilaporkan berlaku disebabkan kejadian litar pintas.

“Walaupun jumlah ini kecil, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif demi keselamatan anak-anak ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: