January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap bangsa Bugis sebagai lanun baru-baru ini, kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula mengakui berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Menerusi temubual eksklusif Sultan Johor bersama Kumpulan Media Prima sempena Hari Keputeraan baginda ke-59, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam, baginda bertitah kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu boleh memecahbelahkan kaum dan mengundang kebencian sesama kaum.

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis?

“Cuba saya kata orang Cina perompak. Terasa tak semua Cina? India pembunuh? Terasa orang India. Ini yang saya kata balik semula memecahbelahkan. Membuatkan kaum sesama kaum membenci. Kita sepatutnya mesti saling menghormati antara satu sama lain,” titah Sultan Johor memetik laporan BH Online, hari ini.

Baginda menitahkan bahawa di negeri Johor sahaja terdapat perbagai kaum yang turut sama memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri itu dan mahu mereka sentiasa bersatu padu tanpa menggira kaum.

“Keturunan Melayu, keturunan India, Cina semua adalah bangsa Johor.

“Bila saya sebut jika kita sudah berpecah, bukan orang Melayu saja yang berpecah, India berpecah, Cina pun berpecah, maknanya bangsa Johor berpecah,” titah baginda.

Baginda juga menggesa rakyat Johor supaya sentiasa menyokong pentadbiran kerajaan negeri jika mahu melihat negeri itu terus maju.

“Kalau Johor hendak maju dengarlah nasihat saya.

“Itu yang saya kata dari dahulu, hadiah yang paling istimewa sekali kalau rakyat hendak bagi kepada saya… saya hendak rakyat kita bersatu. Tidak ada lain yang saya minta,” titah baginda, memetik portal itu lagi.

Dr Mahathir, yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas.

Kenyataan dibuat Dr Mahathir itu mengundangkan kemurkaan dan kekecewaan Sultan Selangor kerana ia dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan serta huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis,” titah Sultan Selangor menerusi kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja negeri, seperti dilapor media.

Sultan Johor dalam pada itu berharap dan mahu semua pemimpin Melayu bermuafakat yang membawa banyak keberkatan kerana tanpa muafakat akan menyebabkan perpecahan sehingga tiada keberkatan. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: