January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga daripada PKR Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati pilihan rakyat, kata Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum lepas, Cheah tidak sepatutnya disekat daripada menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyat bagi penduduk Kebun Bunga.

Katanya tindakan Lim menyerahkan tugas berkenaan kepada ADUN Pulau Tikus daripada DAP Yap Soo Huey juga dilihat seperti mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak mencalarkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan di Georgetown Jumaat.

Khamis  Lim dalam sidang media berkata pendaftaran mangsa banjir di kawasan Kebun Bunga akan diselia oleh beliau sendiri dan Yap atas sebab prosedur dalaman.

Mansor menyifatkan alasan bahawa sekatan itu disebabkan oleh prosedur dalaman sebagai amat naif dan sukar diterima kerana keputusan menarik peruntukan kepada wakil rakyat Kebun Bunga itu tidak melalui perbincangan dan rundingan dengan PKR negeri.

Sementara itu, ADUN Pulau Betong Datuk Dr Muhamad Farid Saad menyifatkan tindakan Lim mengetepikan ADUN PKR untuk memperakui borang permohonan pampasan banjir sebagai satu tindakan yang sangat tidak demokratik.

“Saya tidak hairan jika ADUN-ADUN BN (Barisan Nasional) tidak diberikan kuasa memperakui permohonan itu, tapi bila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ia sesuatu yang agak janggal. Bukankah PKR adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat sudah tidak mengendahkan suara-suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di negeri ini yang membantu kemenangan DAP dalam pilihan raya umum.

“Jelas pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh dikritik. Suara mengkritik dianggap suara menentang. Mungkin itulah yang berlaku ke atas rakan saya YB PKR Kebun Bunga Cheah Kah Peng diketepikan kerana mengkritik ketua menteri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.”

“Sebelum ini, YB PKR Penanti Norlela Ariffin juga diberi tekanan apabila beliau membangkitkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti,” katanya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: