January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,023 saman atas pelbagai kesalahan trafik diselesaikan menerusi Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) di tiga lokasi berasingan di negeri ini yang bermula Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata 1,606 saman yang dijelaskan membabitkan warganegara Singapura manakala selebihnya 417 saman membabitkan warga tempatan.

“OSTWA yang memasuki siri ke-empat di Johor membabitkan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan Lebuhraya EDL, R&R Gelang patah dan Kilometer 3 Jalan Tebrau.

“Sepanjang operasi ini, sebanyak 470 saman baharu dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan serta membuat dua tangkapan terhadap lelaki dan wanita warga tempatan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata beliau kepada pemberita pada hari terakhir operasi hari ini.

Menurut beliau, dua tangkapan itu melibatkan kesalahan menggunakan cukai jalan palsu dan nombor pendaftaran palsu dalam operasi sekatan di Jalan Tebrau.

Sharul berkata OSTWA itu menggunakan dua peranti khas yang dikenali “Mobile Compound Online Payment System” (MCOPS) dan kamera “Intelligent Compound Online Payment System” (ICOPS) untuk menyemak dan mengesan saman tertunggak warga asing secara automatik.

Tambahnya menerusi OSTWA yang dijalankan sejak 2014, ia merekodkan sebanyak 61,057 saman tertunggak membabitkan warga asing atas pelbagai kesalahan daripada jumlah keseluruhan 81,708 saman yang dikeluarkan.

Daripada jumlah itu,sebanyak 37,506 saman tertunggak membabitkan warga Singapura mencatatkan jumlah tertinggi.

Dalam kes berasingan, Sharul mengesahkan terdapat anggota dari jabatannya terbabit dalam kes samun bersenjata di Kuantan, kelmarin.

Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan.

Dalam kes itu, seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun cedera parah di leher kerana terkena tembakan semasa bergelut dengan beberapa individu yang cuba menyamunnya.

Susulan itu membawa kepada penahanan tiga suspek selepas pasukan penyiasat menemukan dompet salah seorang suspek yang mengandungi kad kuasa di lokasi kejadian.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: