January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KHABARNYA hari ini seorang ADUN PAS di Kedah menyertai PPBM – satu satunya parti politik yang masih belum mengadakan mesyuarat cawangan, apatah lagi mesyuarat agung tahunan dalam negara kita.  Menjadikan PPBM sekarang ‘diperkuatkan’ dengan 1 ahli parlimen dan 3 ADUN – kesemuanya menang atas tiket BN dan PAS dalam PRU13 yang lepas.

Kira hebatlah tu, dah bolehlah buat mesyuarat cawangan?  Tak bolehlah kot sebab mesyuarat cawangan bukan kira berapa banyak ambik wakil rakyat orang!!

Agak aneh kenapa parti Mahathir ini sibuk mengumpulkan pemimpin di atas tapi melupakan akar umbi yang dibawah.  Patutnya sekarang usaha ditumpukan untuk mengemaskan struktur parti supaya diakhirnya ahli akar umbi dapat mengadakan mesyuarat cawangan bagi mengelak pendaftaran dibatalkan, ini benda lain pulak yang dia buat.

Dia kumpul pemimpin atas ramai-ramai pulak dulu.

Padahal, hari-hari kita dengar isu pemimpin peringkat bahagian PPBM buat aduan mengenai struktur parti itu kepada RoS dengan terbaru di Johor.  Ada juga beberapa bahagian penaja membubarkan bahagian masing-masing seperti yang banyak berlaku di Perak.  Minggu sudah RoS memberi amaran kerana melanggar perlembagaan sendiri dan sebagainya.  Semua ini tak selesai, dia dok utama kerja ambik wakil rakyat orang lain pulak.

Mungkin dia harap dengan membawa masuk ramai wakil rakyat dari parti lain masuk parti dia, dengan itu saja dapat memberi persepsi kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu semakin kuat biarpun hakikatnya sebenarnya sedang berkecamuk dari pelbagai segi.

Kalau itulah niatnya, penulis boleh katakan mereka silap!!  Setakat seronok di kalangan penyokong sendiri bolehlah sekejap, bukan ada impak apa pun sama sekali.  Lagi dia buat orang PAS marah pada Mahathir adalah.

Apa pun, ini semua untuk rakyat menilai bagaimana parti yang menawarkan diri untuk menjadi kerajaan di Malaysia ini.  Tak tersusun, tak teratur dan meletakkan keutamaan kepada perkara lain bila ada isu yang lebih mendesak.

Dia nak berkhidmat kepada rakyat macam mana, dalaman dia sendiri pun berterabur?



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: