January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 kembali hangat di media tanahair. Selepas lebih 30 tahun, ia timbul semula apabila soalan berkenaan Memali diajukan oleh seorang peserta program Nothing To Hide 2.0 kepada Dr Mahathir. Mahathir tidak begitu menjawab soalan tersebut. Sebaliknya kekecohan telah dicetuskan menyebabkan program tersebut berakhir begitu sahaja. Sejak peristiwa itulah media membangkitkan kembali nama Memali hingga heboh kini.

http://www.malaysia-today.net/nothing-to-hide-2-0-debate-turns-into-chaos-when-memali-was-raised/

Ramai pihak telah memainkan isu ini mengikut perspektif masing-masing. Ada yang simpati terhadap nasib mangsa Memali, ada yang menyalahkan mereka atas apa yang berlaku dan ada juga yang menyalahkan pihak ketiga yang tiada kaitan. Keluarga mangsa Memali turut tampil bersuara menyatakan pendirian mereka.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/2494-anak-mangsa-memali-ulas-nothing-to-hide

Sebelum isu ini dihurai dengan lebih lanjut, terlebih dahulu kita mesti memahami latarbelakang kepada tragedi ini. Persoalan utama yang harus dijawab adalah kenapa tercetusnya ketegangan yang mengakibatkan terbunuhnya 13 orang mangsa Memali itu?

Sebelum tercetus Tragedi Memali, negara pada waktu itu sedang dilanda kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau lebih terkenal dengan akronim ISA (Internal Security Act). Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, giat menangkap mereka yang dilihat mengancam pentadbirannya di bawah ISA. Selain mereka yang benar-benar memiliki kaitan dengan pengganas, pemimpin PAS juga menjadi sasaran utama ISA. Pada ketika itu, beberapa pimpinan Pemuda PAS seperti Mohamad Sabu (bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Presiden PAN), Abu Bakar Chik, Bunyamin Yaakob dan Suhaimi Said telah ditangkap.

ISA adalah satu akta yang membenarkan penahanan seseorang tanpa bicara. Berdasarkan pengalaman bekas-bekas tahanan ISA, mereka bukan sahaja dikurung, malah diseksa dan dimalukan dalam bentuk yang tidak berperikemanusiaan. Mereka telah didera secara fizikal dan mental seperti pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, halangan untuk tidur, ancaman bunuh dan ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Ramai bekas tahanan ISA yang tampil menulis buku dan artikel menceritakan kezaliman akta tersebut. Antaranya bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Syed Husin Ali dan YB Saari Sungip, pemimpin PAN hari ini.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)

https://www.goodreads.com/book/show/6183906-dua-wajah

http://www.keadilandaily.com/saari-sungip-sahkan-seksaan-isa-ala-guantanamo/

Ustaz Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya, guru agama di pondok Memali adalah antara pemimpin PAS yang tersenarai untuk ditangkap ketika itu di bawah ISA oleh regim Dr Mahathir. Mengenangkan kekejaman ISA, anak-anak murid beliau bertekad untuk tidak menyerahkan guru mereka itu kepada pihak berkuasa. Mereka bertahan di dalam sebuah rumah di kawasan Madrasah milik Ustaz Ibrahim Libya, sehingga memaksa rumah itu dikepung pihak berkuasa. Akhirnya, rumah tersebut ditembak dan 13 orang daripada penduduk Memali termasuk Ustaz Ibrahim Libya terkorban.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985

Cengkaman ISA tetap diteruskan sepanjang pemerintahan Dr Mahathir. Ia hanya dimansuhkan pada tahun 2012, iaitu zaman Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh tersebut, semua parti pembangkang tidak kira PAS ataupun DAP, PKR dan lain-lain menentang keras akta tersebut dengan berbagai cara. NGO-NGO juga bangkit menentang akta zalim tersebut terus menerus melalui demonstrasi, memorandum, wacana dan sebagainya.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Memali adalah simbol kezaliman ISA. Ustaz Ibrahim Mahmood ikon penting menentang ISA sehingga mengorbankan nyawanya. Ia bukanlah suatu isu kecil kerana telah melibatkan nyawa manusia. Ia adalah lambang perjuangan rakyat menentang kezaliman yang perlu dikenang sehingga ke hari. Justeru pembelaan sewajarnya perlu diberikan kepada mangsa Memali agar terbongkar segala rahsia disebalik peristiwa berdarah yang penuh dengan persoalan dan pertikaian itu.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: