January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AKHBAR RAKYAT

KOTA BHARU: Anak lelaki Adun Salor Datuk Husam Musa hari ini mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan memiliki dadah
jenis metamfetamina seberat 20 gram lima hari lalu.

Ahmad Syafi Husam, 29, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Dia didakwa memiliki dadah berkenaan di tepi sebuah rumah di Jalan
Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong pada 3.30 petang 18 November lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,
boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama, membawa hukuman
penjara antara 2 hingga 5 tahun serta 3 hingga 9 sebatan jika sabit
kesalahan.

Majistret Kamarul Hasyime membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari tahun depan untuk
sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun
Azri Mohd Nordin manakala terduduh diwakili 5 peguam diketuai Firdaus
Mohd Yusof.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: