January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Isu kekangan masa dalam kalangan masyarakat kota menyuntik idea buat mahasiswa dari Johor Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan sebuah projek yang dinamakan sebagai ‘Gunteng Terbang’.

Gunteng Terbang adalah khidmat gunting rambut dan solekan on mobile dengan bayaran mengikut pakej yang dipilih.

Pada masa sekarang, sayap empayar baharu ini hanya berkembang di sekitar Johor Bahru sahaja.

Kumpulan mahasiswa dari Johor ini merupakan Duta Jauhar, iaitu kumpulan mahasiswa anak-anak negeri itu yang dipilih oleh kerajaan negeri Johor di seluruh negara untuk bersama berperanan membangunkan sosio-ekonomi rakyat. 

Menurut Amizah Ami, Exco Media Duta Jauhar 4.0 UMP dari Fakulti Pengurusan Industri berkata, buat masa ini servis ini hanya terbuka untuk rakyat Johor Bahru sahaja dan akan sedang dirancang untuk diperluas ke seluruh negara.

Duta Jauhar mensasarkan peserta yang menjadi Skuad Gunteng Terbang ini merupakan golongan belia yang menganggur dan belia bekerja yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi belia dan rakyat Johor Bahru.

“Pelbagai jenis gaya gunting rambut hipster ditawarkan serta pakej-pakej menarik untuk dinikmati.

“Bukan itu sahaja, malah untuk solekan juga kami turut menyediakan servis untuk para graduan, raja sehari dan juga untuk wanita yang memerlukan servis ini,” katanya.

Selain Itu, servis rumah ke rumah ini juga menawarkan khidmat percuma setiap 10 kali langganan.

Bagi Muhammad Azammuddin Mohd Norman, Pengarah Projek Gunteng Terbang dan Duta Jauhar 4.0 dari
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam UMP berkata projek ini dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan belia di Johor Bahru selain meningkatkan kemahiran mereka.

“Kami harap projek ini dapat menambah pendapatan peserta sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Pihaknya  juga merancang untuk menambah perkhidmatan seperti  rawatan kuku, rawatan muka dan reflekslogi serta menambah bilangan peserta daripada kalangan wanita sebagai penggunting rambut kaum Hawa.

Mereka juga berhasrat mendapatkan sebuah premis dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk dijadikan tempat operasi utama  dengan menyediakan servis yang lengkap untuk pelanggan. 


*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP Nurul Ishafira Ismail, Darayani Musa dan Nur Afiqah Mohd Dali. Suntingan oleh Mimi Rabita PNC

**Awani Rangers UMP merupakan hasil inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: