January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia membatalkan sekurang-kurangnya 34 penerbangan membabitkan sektor Bali dan Lombok hari ini susulan letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambah murah itu memaklumkan pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan berkenaan dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menjamin keselamatan penumpang.

Semua penumpang yang terjejas diberikan dua pilihan pertama, mereka boleh menukar tarikh perjalanan dengan destinasi sama dalam tempoh 30 hari bermula waktu asal penerbangan dibatalkan tanpa dikenakan sebarang kos tetapi bergantung kepada kekosongan tempat duduk.

“Manakala kedua, iaitu mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit untuk perjalanan masa depan dengan AirAsia. Akaun Kredit dalam talian yang akan ditebus dalam tempoh 90 hari  tarikh pengeluaran,” kata kenyataan itu.

Para penumpang boleh membuat semakan di laman web AirAsia www.airasia.com untuk maklumat lanjut.

Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu semalam dengan mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.

Ia dilaporkan masih mengeluarkan asap sehingga pagi tadi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: