January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BALI: Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu pada Sabtu, mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.

Ia turut menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penerbangan dari dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai terpaksa dibatalkan.

Antara penerbangan yang terjejas ialah Jetstar, KLM, Qantas dan Virgin Air, mengakibatkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas di lapangan terbang terbabit.

Gunung berapi yang meletus jam 5.30 petang Sabtu itu masih mengeluarkan asap tebal sehingga pagi tadi.

Status amaran gunung berapi itu bagaimanapun masih belum berubah dari peringkat kedua tertinggi.

Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, mengorbankan 1,100 orang.

Buat masa ini, belum ada larangan penerbangan rasmi dikeluarkan ke Bali.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: