January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BEIJING: Seorang guru ditahan dalam siasatan dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak membabitkan sebuah pusat jagaan di China.

Ia susulan dakwaan staf di pusat itu memberi ubat kepada kanak-kanak melalui suntikan.

Kes itu gempar apabila ibu bapa kanak-kanak terlihat kesan suntikan pada badan anak mereka yang dipercayai disebabkan oleh jarum.

Selain itu, mereka turut mendakwa anak mereka seawal usia tiga tahun diberi pil dan didera secara seksual, lapor Independent.

“Pelajar yang nakal dipaksa berdiri dalam keadaan bogel atau dikurung di dalam bilik gelap di tadika itu,” kata seorang penjaga kepada portal berita Caixin.

Polis menahan wanita berusia 22 tahun itu, yang hanya dikenali sebagai Liu, bagi membantu siasatan ke atas dakwaan dera di pusat jagaan kanak-kanak RYB Education, di daerah Chaoyang, dekat sini.

Pegawai di RYB Education dilapor akan memberikan kerjasama dalam siasatan polis.

RYB menguruskan 80 tadika dan mempunyai 175 lagi francais, meliputi 130 bandar dan pekan di China, sepertimana yang tertera di laman webnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: