January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM: Hindraf mengumumkan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan (PH) dengan membantu gagasan pembangkang itu mendapatkan sokongan kaum India di luar bandar dan separa bandar menolak Umno-Barisan Nasional dalam PRU14.

 

Pengerusinya, P. Waythamoorthy berkata demikian, susulan perbincangan antara gerakan hak asasi Hindu itu dengan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu.

 

Bagaimanapun setakat Oktober, PH memaklumkan ia belum lagi menerima permohonan rasmi Hindraf untuk bekerjasama.

 

“Hindraf akan memainkan peranan penting untuk PH dengan bergerak di lapangan dan menyampaikan undi orang India luar bandar dan separa bandar.

 

“Hindraf akan bekerjasama dengan PH untuk menamatkan kleptokrasi dan rasuah yang melumpuhkan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum,” katanya.

 

Waythamoorthy dalam masa yang sama mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba melindungi ‘individu tertentu’ dan menggalakkan ekstremisme meskipun beliau sering memperjuangan kesederhanaan dalam agama.

 

“Beliau mengalakkan ekstremisme untuk meraih sokongan orang Melayu tetapi ia meletakkan duluan yang sangat berbahaya,” ujarnya.

 

Waythamoorthy yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengkritik Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang diperkenalkan melalui Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dengan mendakwa ia sebagai cubaan najib memperdayakan kaum India.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: