January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Beberapa tahun ini, PAS telah mengubah pendekatan politiknya kepada bentuk yang lebih harmoni dan matang. Jika dahulu PAS dikenali sebagai pembangkang tegar yang sangat agresif terhadap kerajaan, tetapi nampaknya kini banyak program dan aktiviti yang melibatkan PAS lebih kepada mendekati semua pihak, termasuklah kerajaan.

Walaupun mendapat kecaman pihak-pihak tertentu yang menganggap agenda kesatuan ummah hanya sekadar bermatlamat politik semata-mata, tetapi PAS tampak terus menjayakan satu demi satu aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Bermula kesediaan Presiden PAS untuk hadir ke Multaqa Ulama Serantau yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, kemudian siri-siri program pembelaan umat Islam Rohingya.

Program terbaru yang diadakan di Kelantan baru-baru ini adalah Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah. Program serupa pernah diadakan pada tahun 2015 di Terengganu. Tetapi kali ini ia lebih fokus kepada Asia Tenggara.

Program ini mendapat respon yang amat baik dari Kerajaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom memuji inisiatif kerajaan Kelantan menganjurkan program seumpama ini. Beliau juga menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam menyokong Ijtimak tersebut tanpa mengambil kira perbezaan politik.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/2177-menteri-sokong-ijtimak-perpaduan-ummah

Beberapa orang tetamu antarabangsa telah dijemput menjayakan program ini. Antaranya adalah Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Abdul Ghaffar Aziz, yang juga pemimpin tertinggi Jamiat Islami Pakistan. Turut hadir adalah Presiden Parti Saadet Turki, Dr Temel Karomullah. Kebanyakan tetamu undangan adalah dari rantau Asia melibatkan Tajikistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Timur Leste dan beberapa negara lain. Diberitakan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, pada awalnya memberi pengesahan untuk hadir, tetapi tiba-tiba terpaksa membatalkan kehadirannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Program diadakan beberapa peringkat. Salah satunya Konferens Dakwah melibatkan institusi-institusi dakwah sekitar Asia, berkongsi perkembangan dakwah di tempat masing-masing dan juga berkongsi idea untuk memajukan dakwah. Juga di kawasan berasingan diadakah Nadwah Ulama melibatkan alim ulama berkongsi idea dan perbincangan tentang peranan ulama dalam membela agama dan ummah.

Antara perkara menarik yang dikongsikan adalah daripada wakil Jamiat Islami Pakistan. Beliau memberitahu bahawa perlembagaan negara tersebut memperuntukkan bahawa “al-hakimiah lillah”, bermaksud kuasa mengadakan hukum bagi Allah. Maksudnya segala undang-undang, akta dan peraturan perlu mengikut hukum Allah. Tetapi hakikatnya masih banyak yang tidak mematuhi hukum Allah. Jamiat Islami sedang berusaha untuk memperbaiki perkara ini.

http://ijtimak.asia/2017/07/22/jamiat-islami-aktif-gerakkan-dakwah-di-pakistan-wakil-pakistan/

Ia sedikit sebanyak memiliki persamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS ketika ini. Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang seringkali menggunakan hujah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan bagi menyokong usaha mereka memartabatkan syariat Islam.

Pembentang daripada Afrika, Dr Adam Salleh pula menyebut tentang ancaman stereotaip yang dihadapi oleh dakwah Islam seluruh dunia hari ini adalah saraf media. Islam sering dipotretkan dengan wajah yang salah seperti pengganas dan kuno. Perkara ini perlu disedari dan ditangani oleh umat Islam agar masyarakat tidak tertipu dengan mainan musuh Islam.

http://ijtimak.asia/2017/07/22/konferens-dakwah-asia-medan-perkongsian-ummah-sedunia/

Kebanyakan pembentang antaranya Penolong Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia Syeikh Abdul Ghaffar Aziz, Presiden parti Saadet Turki Dr Temel Karomullah, tokoh dakwah Thailand, Ali Arif, dan beberapa lagi menyatakan bahawa penting umat Islam membina kesatuan dengan mengenepikan perbezaan dalam perkara cabang dan kecil. Perkara sama turut ditekan oleh Presiden PAS ketika menyampaikan ucapan perasmian Ijtimak. Beliau menyatakan bahawa perbezaan ini sengaja dibesar-besarkan oleh pihak-pihak tertentu supaya umat Islam bergaduh sesama sendiri lalu mengabaikan musuh sebenar.

Sejarah kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam dahulu adalah berpunca daripada permasalahan-permasalahan kecil di kalangan umat Islam yang sengaja diperbesarkan. Antara isu lama yang dimainkan kembali adalah isu Sunni-Syiah dan Wahhabi. Dato Seri Abdul Hadi menekankan agar perkara tersebut tidak diperbesarkan, sebaliknya mengutamakan usaha mendekatkan golongan-golongan yang berbeza pendapat supaya kesatuan Islam dapat diwujudkan. Namun, bukanlah bermaksud beliau menyokong penyebaran Syiah atau Wahhabi di Malaysia, disebabkan Sunni bermazhab Shafie dan Asha’irah telah bertapak di rantau ini berkurun-kurun lalu.

Ijtimak tersebut melalui Nadwah Ulama turut mencapai 10 resolusi yang perlu dijayakan. Antaranya adalah bagi mewujudkan Kesatuan Ulama Asia dan Timur Jauh yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan isu-isu yang berkaitan umat Islam. Juga mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti Muslim Selain itu, untuk memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar (negara Barat) dalam menanganinya. Juga untuk mempelopori usaha bagi mengharmonikan isu-isu khilafiyyah di kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

http://ijtimak.asia/2017/07/22/nadwah-ulama-lulus-10-resolusi/

Berita lanjut di:

http://ijtimak.asia/category/ijtimak-2017/berita-ijtimak-2017

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: