January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: Orang ramai di Dungun, Terengganu resah apabila mendakwa harga barang basah termasuk sayuran dinaikkan peniaga gara-gara musim tengkujuh.

Tinjauan di Pasar Paka, Dungun mendapati bekalan tersebut masih mudah diperoleh namun harganya meningkat berbanding sebelum ini.

Bagi pengguna, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih bagi memastikan keperluan itu diperoleh.

Bagi pekerja swasta Sharul Fadzli Hairudin, mereka tidak punya pilihan dan terpaksa membeli demi kelangsungan hidup.

“Hujung tahun ini harga barang ada naik sikit, tapi mahu tak mahu, kami terpaksa beli jugalah,” kata Sharul Fadzli.

Bagi Azahan Abdullah pula, kenaikan tu agak ketara jika dibandingkan dengan perbelanjaan bulan sebelumnya.

“Barang sekarang ini memang meningkatlah daripada biasa. Kalau dulu belanja dalam RM300 sebulan, sekarang dah naik RM400 sebulan… beza RM100 sebulan,” kata Azahan.

Rata-rata peniaga yang ditemui berkata kenaikan harga bahan basah dan sayur itu antaranya disebabkan peningkatan harga di pihak pembekal.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: