January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Baru-baru ini Lim Kit Siang dalam satu ceramahnya telah memetik dua potong ayat al-Quran. Beliau telah membacakan terjemahan ayat 42 dan 60 daripada Surah al-Baqarah, sebagai mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya sentiasa berpegang kepada kebenaran dan melawan kebatilan.

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/9391-kit-siang-petik-ayat-al-quran-nasihat-ag

Perkara tersebut mendapat respon daripada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan Lim Kit Siang sebagai pendakwah terbaik. Tetapi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Khalil Abdul Hadi pula menegur Kit Siang, bahawa tidak ada gunanya membacakan al-Quran semata-mata tetapi tidak beriman dengan al-Quran. Ustaz Khalil merujuk kepada pendirian Kit Siang yang juga menjadi penentang tegar kepada perlaksanaan kanun jenayah syariah di Kelantan, yang mana perintahnya jelas terkandung di dalam al-Quran.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/21/pas-tak-guna-kit-siang-petik-quran-kalau-tak-sokong-syariah/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/20/dr-m-kit-siang-pendakwah-terbaik-sampaikan-ayat-al-quran-kepada-apandi/

Jika kita melihat kepada sejarah, DAP sememangnya hebat dalam menggunakan unsur-unsur Islamik dalam menarik sokongan politik kepada mereka. Pada 13 November 2008, ADUN Canning, Wong Kar Woh telah membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat dan Surah Ali-Imran. Beliau turut mentafsirkan ayat dari Surah al-Hujurat, menunjukkan bahawa “kita semua adalah adik-beradik”, sedangkan beliau sehingga kini kekal dengan agama asalnya. Pada tahun 2009 pula, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming juga membacakan al-Quran, katanya daripada Surah “Aura”. Polemik timbul ketika itu apabila beliau sanggup memetik ayat Al-Quran tetapi membacakan dengan salah!

http://www.utusan.com.my/berita/politik/kor-ming-mengapa-sungguh-dangkal-1.351120

https://www.youtube.com/watch?v=8MSkiWqURak

https://www.youtube.com/watch?v=ksDWZuRnTnc

Selain ayat al-Quran, unsur-unsur Islam lain turut digunakan oleh DAP. Antaranya Lim Guan Eng yang sering menggambarkan dirinya sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sering bercakap mengenai Maqasid Syariah. Malah beliau bersama Lim Kit Siang juga telah ke Tunisia dan Turki, dua negara yang diperintah oleh umat Islam kononnya bagi mempelajari Islam di sana. Selain itu pemimpin DAP sering kelihatan di program-program keagamaan Islam seperti majlis berbuka puasa. Mereka turut memberi tazkirah di surau.

https://dapmalaysia.org/statements/2015/10/14/21929/

http://www.malaysia-today.net/isu-bukan-islam-masuk-masjid/

Tetapi di sebalik itu, DAP terbukti antara yang paling kuat menentang agenda Islam. Antara penentangan yang paling keras dilakukan adalah mendiang Karpal Singh, yang pernah mengatakan supaya melangkah mayat beliau dahulu sebelum melaksanakan hudud di Malaysia. DAP secara konsisten menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, dan juga RUU355.

Jika dilihat melalui perlembagaan DAP, jelas menyebut dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Bahkan pada tahun 2001 ketika Tun Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929”.

Tindakan DAP menggunakan unsur-unsur Islamik tidak lain adalah bertujuan untuk menarik sokongan penganut Islam terhadap mereka. Walaupun mereka sudah mendominasi sokongan non-muslim, tetapi mereka tetap perlukan sokongan orang Islam untuk membolehkan mereka mengekalkan penguasaan di kerusi-kerusi yang dimenangi, seterusnya bagi menjayakan pelan menguasai Malaysia. Perkara ini dinyatakan oleh Superman DAP Hew Kurang Yau pada status facebooknya, bahawa Mahathir adalah alat DAP untuk meraih sokongan melayu.

https://www.wakeupmalaya.com/2017/07/hew-kuan-yau-dedah-mahathir-adalah-alat-dap-untuk-dapat-undi-melayu/

Langkah DAP tidak banyak bezanya dengan PAP di Singapura. Dahulu mendiang Lee Kurang Yuew amat hebat dalam bermain perasaan kaum melayu. Beliau mengenakan songkok di kepala, mendukung budak melayu dan masuk ke kampung-kampung melayu beramah mesra. Tetapi setelah memiliki kuasa, kini melayu menjadi minoriti di Singapura dan semakin tersisih dari pentadbiran negara tersebut. Beliau juga turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sangat prejudis terhadap Islam.

https://www.youtube.com/watch?v=MjAgI3TTgYI

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: